Isu Hangat: Kepulangan Dato' Sharifah Mazlina |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }


SEPANG 25 April – Penjelajah kutub, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang selamat tiba di tanah air hari ini, menyifatkan kejayaan beliau menamatkan misi penuh mencabar di Kutub Utara sebagai ‘hadiah’ sempena sambutan kemerdekaan negara ke-50 tahun, Ogos ini.

Beliau menitiskan air mata di hadapan kira-kira 500 hadirin yang menunggu kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, kejayaan itu mustahil dicapai tanpa sokongan dan dorongan oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin negara.

Menurutnya, walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran, namun berkat doa dan semangat yang diberikan oleh rakyat Malaysia, beliau bertekad untuk menamatkan misi tersebut lebih awal.

“Terima kasih kepada semua pihak. Kejayaan ini untuk semua, untuk Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada orang ramai yang menunggu kepulangan beliau seawal pukul 6 pagi di KLIA di sini, hari ini.

Sharifah Mazlina berjaya menamatkan misinya itu lima hari lebih awal berbanding jadual asal selama dua minggu.

Kejayaan itu menjadikan beliau wanita Asia pertama berjaya merentasi Kutub Utara dan Selatan. Ia sekali gus dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.

Ekspedisi tersebut bermula dari sebuah kem di kawasan ais hanyut pantai Artik di pangkalan Borneo bermula 9 April lalu.

Beliau terpaksa menempuh keadaan sukar di kawasan paling sedikit diterokai manusia dan merentasi benua Artik ke kawasan ‘hujung dunia’ dalam tempoh kira-kira sebulan.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Sharifah Mazlina berkata, kejayaan tersebut merupakan kejayaan negara kerana ia diperoleh hasil sokongan rakyat dari segi material dan moral di pelbagai peringkat.

Malah, beliau melahirkan rasa syukur kerana dasar negara yang memberi banyak ruang kepada golongan wanita hingga membolehkan ‘misi mustahil’ tersebut dapat dilaksanakan dengan jaya.

“Kalau saya bukan dari Malaysia, mungkin tidak ada peluang. Ini kerana, sistem negara kita banyak memberi peluang kepada wanita (untuk berperanan),” jelasnya.

Mengenai ekspedisi tersebut, Sharifah Mazlina yang berpuas hati dengan kejayaan itu menjelaskan, ia bakal memberi dorongan dan banyak manfaat kepada rakyat negara ini terutama hasil daripada beberapa kajian yang dijalankan semasa berada di Kutub Utara.

Antaranya, kajian mengenai faktor pemakanan dan pengambilan sejenis vitamin berkaitan vaskular yang boleh digunakan untuk membantu para atlet dan ramai pesakit khususnya golongan wanita.

Ditanya mengenai rancangannya selepas ini, wanita yang disifatkan sebagai ‘wirawati’ negara itu memberitahu, selepas ini beliau ingin berehat dan berkongsi pengalaman menjelajah Kutub Utara dengan seramai mungkin rakyat Malaysia.

Ini termasuk kemungkinan menerbitkan buku mengenai suka-duka ekspedisi menjelajah kutub itu untuk bacaan umum.

“Saya ada terlalu banyak cerita untuk dikongsi,” katanya.

Beliau turut menyatakan kesediaannya melatih generasi muda menjelajah Kutub Utara dan Antartika, seterusnya berkhidmat untuk negara.

Related Posts by Categories



1 comments

  1. patriot  

    September 1, 2007 at 6:49 PM

    Dato' Sharifah Mazlina :

    Ada tiga perkara yang saya ingin sebut di ruang ini tentang expidisi Kutup Utara oleh Dato'.

    1. Dato' telah mengguna kedudukan yang Dato' ada untuk menipu rakyat Malaysia tentang expidisi ini. Dengan kedudukan Dato' dan hubungan dengan orang-orang berpengaruh di politik Malaysia Dato' telah mengutip banyak wang untuk kepentingan pribadi. Tindakan Dato' telah merosakkan reputasi expedisi lain oleh orang yang benar-benar patriotik untuk melakukannya demi negara. Akibatnya ramai orang telah memandang serong terhadap ekspedisi lain. Masyarakat telah menganggap ekspidisi lain mempunyai muslihat mencari duit sebanyak mungkin di samping kemashhuran yang palsu.

    2. Dato' sebenarnya juga seorang penipu yang telah dengan licik menipu rakyat Malaysia tentang ekspidisi ini. Dato' berpura-pura
    seperti Dato' telah berjaya sebaliknya tiada satupun scene yang Dato boleh tunjukkan untuk membuktikan bahawa Dato' telah berjaya menjejaki kutup utara. scene dalam video hanya menunjukkan perkara remeh temeh termasuk pakaian yang dipakai dan sedikit scene tentang kesusahan mengheret bag dan tidur dalam kemah... . Dato' sebenarnya telah menghabiskan wang rakyat untuk bercuti di Canada dan lain-lain tempat untuk ekspidisi ini. Bila sampai kononnya di kutub utara Dato' menjerit seperti DOREIMON ' eeh saya sudah sampai... " begitukah gelagat seorang yang telah berjuang untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, malah itu semua hanya sandiwara Dato' untuk mengabui mata rakyat Malaysia yang bodoh yang boleh percaya dengan perkara yang bodoh seperti itu.

    3. Dato Mazlina adalah seorang tenaga akademik yang paling bahlul di Malaysia apabila dalam misi menawan kutub utara Dato' menyatakan bahawa Dato' akan menanam al-Quran di kutub utara. Mana Dato' belajar perkara pelek ini. apa yang ada dalam kepala hotak dato sehingga boleh timbul perkara ini ? Bertaubatlah daripada perbuatan ini dan mohonlah ampun dari Allah. Juga disarankan juga agar Dato' memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang Dato' bohong tentang ekspidisi menawan kutub utara ini bahawa ini hanya satu drama bersama team yang telah merancang untuk mengutip tajaan Kami mencabar Dato' supaya menunjukkan sepenuhnssi ekspidisi yang mencabar dan supaya sesi sesi ekspidisi yang dilalui dan bukannya tunjuk bag pakaian. Kalau Dato' tak boleh buat perkara ini jangan mendakwa kejayaan ini satu pencapaian sebaliknya ingatlah rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh.

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates