Isu Hangat: Kisah Benar |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }


Subject: kISAH BENAR


Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kamimen! dapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengamb! il m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh
ustaz itu. Sebaik ustaz itu p! ulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.

Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. T! idak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewak! tu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang.. kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buk! u yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita menin! ggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak
menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak, m! ana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura nak belajar Islam.... jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam... dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta...insyaallah...

Related Posts by Categories



17 comments

  1. Anonymous  

    April 24, 2007 at 8:33 PM

    hi,sya jack.Sya tertarik dengan cerita u.Utk pengetahuan u aku ne kristian pcs dari kecik,aku juga org sabah.Aku tergamam membaca cerita di mana seorang anak paderi dan ayahnya bertukar agama dengan mendadak.Aku rasa nak tau apa yg memanggil korang memasuki agama islam mungkin ada sesuatu yg istemewa yg memaut hati saudara.sila email saya di jacklvlaboyz@yahoo.com.my Ataupun kita bleh berdakwah utk mengenal hati budi masing2.sekian....maaf kiranya terkasar bahasa.

  2. Anonymous  

    July 17, 2007 at 9:47 PM

    Shalom saudara Johanis. Saudara ini kristian Apa? Saya percaya anda bukan lah dari agama kristian RC. Ini kerana Padri agama kristian RC tidak mempunyai isteri. Saya nasihatkan saudara agar menyatakan agama anda yang sebenar sebelum ini agar tidak menimbulkan tanggapan serong kepada agama kristian yang lain.

    Saya tahu Datuk Pairin adalah penganut agama kristian RC. Apa kaitan beliau dengan kemurtadan anda?

    Jika anda tidak tahu apa itu Holly water, saya sarankan anda jangan buat cerita semata mata untuk inginkan publicity.

    Untuk pengetahuan pembaca. Holly Water adalah dari ari biasa yang diberkati oleh padri atas nama tuhan yesus dan bukan nya didatangkan dari Rome dan dijampi oleh pop john seperti yang didakwa oleh saudara Johanis. Untuk membolehkan seseorang menjadi menjadi kristian RC, seseorang itu perlu melalui beberapa peringkat pembelajaran tentang agama kristian RC dan tidak melalui paksaan. Ia nya tidak semudah seperti yang diperkatakan oleh saudara Johanis tadi Kecuali kristian SIB.

    Dalam kristian RC, tidak ada penginjilan yang dilakukan kepada orang perseorangan atau orang miskin atau yang jauh di pedalaman. Apa lagi kepada orang Islam. Semua ini adalah satu pembohongan oleh saudara Johanis.

  3. Anonymous  

    September 1, 2007 at 10:40 PM

    Hi jack hi Farhan... nampak sangat awak ni berbohong tentang kristian. Pertama paderi...paderi tak boleh kawin ma..so mana boleh dia ada anak seperti awak? Masa bapa kamu paderi, di melayani gereja mana?

  4. Anonymous  

    September 1, 2007 at 10:42 PM

    Hi jack (Pembetulan<< bukan Jack, yang sebenarnya Johanis. Hi Johanis, hi Farhan... nampak sangat awak ni berbohong tentang kristian. Pertama paderi...paderi tak boleh kawin ma..so mana boleh dia ada anak seperti awak? Masa bapa kamu paderi, di melayani gereja mana?

  5. Anonymous  

    September 16, 2007 at 2:51 AM

    shalom johanis......ternyata awak ni penipu besar. Sila nyatakan awak dari mahzab mana? Kalau catholic tidak mungkin kami menjampi . Jampi adalah haram dalam catholic. Paderi....ternyata kamu bukan catholic kerana paderi catholic tidak kawin. Holy Water....itu adalah Holy Water catholic......bukan mahzab lain. Jgn tuduh melulu. Sy setuju dgn pendapat sorang kat cni bahawa klu nk jdi catholic tidak mudah krn byk peringkat kena dilalui. Lepas tu dakwa gereja UPM murtadkan org. Setahu gereja kat UPM tu adalh gereja Catholic. Sy kenal org2 kat situ. Tak mungkin mereka murtadkan org2 kamu. Korang yg sll salah sangka dengan mereka. Sebab catholic tidak akan murtadkan org kerana kami tidak digalakan berbuat demikian apatah lg kat msia ni yg islamnya sgt sensitif. Jika org tu nk masuk catholic,kami terima. Tp klu kristian dr mahzab lain mungkin ada yg cuba impose kan agama mrk tpi BUKAN catholic. Even kristian dr mahzab lain pun try nk ''murtadkan'' kami yang berfahaman catholic ni. Jgn tuduh org bukan2 krn awak menghina pemimpin tinggi catholic iaitu Pope John Paul. Beliau tidak pernah menjampi apa2 air. itu hanya air suci bg catholic sepertimana korang kata Air zam zam tu suci,seperti itu juga kami mengatakan Holy Water tu suci. Sy dpt bygkan klu kmi kata air zam zam tu ada jampi,mesti ramai org2 kristian korang bunuh.Jihad la konon.....sigh!!!

  6. Anonymous  

    October 15, 2007 at 9:52 PM

    klu pendapat saya, saya keliru bagaimana seorang paderi ada seorang anak.klu agama kristian RC la.seorang kristian takkan mempersoalkan kekuasaan tuhan dan tidak terjebak dengan hanya dengan soalan "3 dalam 1 dan 1 dalam 3".kita tidak sepatutnya mempersoalkan kekuasaan tuhan.mungkin johanis ini hanya mempelajari agama kristian kerana wang.kita tidak sepatutnya berdebat tentang kekuasaan tuhan dengan agama yg lain sebab kita mempercayai tuhan kita dan perdebatan ini boleh kelirukan kita.

  7. Anonymous  

    October 16, 2007 at 4:38 PM

    dia tipu ja tu..bukan org kristian tu..pura-pura menyamar jadi kristian. ada hati mau bawa org kristian masuk islam..hahaha..adaka paderi ada anak..nda taw la kalau kristian lain..tp bukan panggil paderi..tabarus kawin ampat..kataralah..tingu islam skarang nih..tingu d utube ja..smua pun urg islam tu kebanyakan dia..urg mlayu lagi tuh.berseks ja karja..c'mon..open ur eyes..look around you..

  8. Anonymous  

    October 19, 2007 at 2:34 PM

    tak malu ke berdakwah cara menipu ni..?? kalau nak meereka-reka cerita pun..buat la research betul-betul, ini ketara sangat org yang buat pengakuan ini..MENIPU!!

    pesanan saya untuk semua org kristian..tak kesah from which church/ domination..lets us pray together..

    JESUS CHRIST IS THE LORD!! AMEN

  9. Anonymous  

    December 19, 2007 at 6:26 AM

    F*CK JESUS CHRIST!!
    MAY SATANIST/BAPHOMET COME TO DESTROY CHRISTIAN!! together with sorcerer,witch, warlock and wizard will destroy christian forever and ever.

  10. Anonymous  

    June 16, 2008 at 3:41 PM

    Bro..pelik dan menyedihkan juga ko ni..Ternyata ko berfikiran sangat cetek..Malaysia kan free country, ko boleh pilih tuk beragam..nda kisah la ko mau jadi Islam ka, Christian ka, Budhist ka, Hindu ka, antam mu la..tapi yg ko ckap sembarangan ja tu pa hal..Yg Kristian ni pun bukan mau memburuk buruk kan mana2 agama..Go read the Quran carefully...ko punya keja ni, macam mau menghasut org tuk membenci sesama manusia ja..bagus ka ko rasa tu?? kalau ko rasa ko buli masuk syurga ok la..I have no further comment..Tapi sa rasa..ko nda layak tu...jadi ko kena banyak2 la bertobat..nda kisah la ko bertobat sebagai seorng Islam ka..sbb sa rasa smua agama menyarankan penganutnya tuk melakukan kebaikan..bukan menyebarkan fitnah dan menghasut tuk melakukan kejahatan..Sa rasa ko betul2 seorang yg jahat la Farhan....ko setan bertopengkan manusia baini kan...Kalau ko islam, fine la bah..sepa juga marah ko masuk islam, tapi skg ni yg ko pi bantai kasi buruk2 agama lain..sa rasa ko salah la bro..teruk tul ko ni..

  11. upm student  

    January 10, 2009 at 2:32 PM

    assalmualaikum saudara farhan..
    maaf , kesedaran saya tentang isu ni terlampau lambat. alhamdulillah ALLAH telah membuka hidayah kepada anda dan keluarga ntuk memeluk Islam. ntuk semua yang post comment dalam ruangan ini, mengapa anda tak cuba ntuk bertanya soalan- soalan sebagaimana farhan bertanyakan pada diri die tentang Islam dan kristian? mengapa perlu menutup sebelah mata menidakkan apa yang belum tentu kebenaran nya? bible, holy water.....dari mane datang nya? mengapa ada semua benda-benda tu ? fikirkan..... farhan kata , dia juga diancam oleh penganut Islam, mengapa tak tanye farhan kenapa walaupun diancam oleh penganut Islam , keislaaman farhan tetap utuh ? saya mengutarakan persoalan yang cukup mudah untuk kamu semua fikirkan. ketika ini di medan parlimen , sesama Islam bercanggah pndapat tentang Islam , jadi apa tu Islam sebenar nya? kami tidak mengutuk agama kristian, tapi cube fikirkan, apakah kristian memenuhi jiwa dan kehidupan anda semua... selami lah Islam yang sebenarnya.

  12. R.Kusom  

    May 27, 2009 at 8:24 PM

    Bodoh punya Farhan Abdullah. 3 soalan macam tu pun tak boleh jawabke? kalau mak hang tak maafkan kesalahan hang Tuhan maaf kan ke, emak hang tu bukan manusia ke, siapa kata manusia tak boleh mengampunkan dosa sesama manusia.? sama ada Tuhan mengampunkan dosa manusia itu, itu Hak;Nya. tetapi manusia wajib memaafkan dosa sesama manusia.kita rela meminta maaf maknanya kita rela memberi maaf kepada orang lain jga. malangnya ramai manusia berat meminta maaf walau dengan batu sekalipun.

  13. Radzeen  

    July 28, 2009 at 8:40 PM

    mm..

  14. Radzeen  

    July 28, 2009 at 8:52 PM

    yg korg mo komen panjang2 pahal......si farhan crita kisah dia ja..km urang panas pahal....stiap org ada agama masing2 belajar la...klau pn bhasa di kasar..dosa di tnggung.yg kamu mau mengikut bt dosa skali knapa gak..jd lu pikir la sdiri...kkkkkkkk

  15. zan  

    October 21, 2011 at 8:25 AM

    Asalamualikum...Saudara Farhan...Teruskan dgn perjuangan mu untuk menegakkan kebenaran..Islam agama mu..Islam agama akhirat..bersabarla..islam agama benar..tiada percangahan dalam Al-Quran..cuma mereka yg mmembenci mu dia tak faham Al-Quran..dia org cuma tengok perangai penganut islam je..tapi tak baca isi Al-Quran...mereka mengikut Paulus yg mengubah kitab Injil bukan mengikut Nabi Isa.. bersabarla...... org sabar tetap berjaya di dunia dan akhirat..Allah tetap bersama orang beriman...

  16. zan  

    October 21, 2011 at 8:40 AM

    asalamualikum farhan...syabas diatas perjuangan dan pengorbanan mu...Islam agama benar, itu janji Allah. walaupun banyak rintangan dan cemohan yg kamu dapat itu ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran kita..Nabi Muhamad sewaktu berdakwah pun tak terlepas dari sikap kaumnya yang banyak menentangnya.. mereka ini tidak menkaji Al-Quran.. mereka ini tidak membuat perbandingan antara isi Al-Quran dan isi Bible..mana yg betul mana yang banyak percancangahan fakta..mudah-mudahan mereka yg membenci kamu akan menkaji islam melalui Al-Quran bukan menkaji umat islam masa kini. mereka mengikut Paulus yg banyak mengubah kitab Injil yg diturunkan kepada Nabi Isa, mereka tidak mengikut ajaran Nabi Isa. Bersabarla...yang benar tetap benar..yg batil akan lupus akhirnya.

  17. Savannah Audry  

    March 23, 2014 at 4:10 PM

    Stupid ass ...... penipu basar . Asal sabah kepala otak kau. Bangang pya urg . GOD BLESS YOU MUSLIM GUY. KALAU MAHU BUAT CERITA KO PG SANA SUMERIA .SUPAYA KNA TIMBAK CAPAT.

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates