Isu Hangat: Parti liar anak VIP |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Oleh Sarah Zulkifli

Pesta liar bilik hotel: Remaja anak VIP anjur parti seks untuk lepas tekanan

KUALA LUMPUR: Segelintir anak orang kaya, termasuk anak orang kenamaan (VIP) dikesan menjadi dalang menganjurkan parti liar atau lebih dikenali ‘One Nite Stand Party’ setiap bulan untuk menikmati seks bebas, minum arak serta mengambil dadah seperti ganja dan Ecstasy.

Remaja berusia 15 hingga 23 tahun terbabit terpengaruh dengan gaya hidup remaja Barat dengan menjadikan parti itu sebagai cara untuk berhibur selain melepaskan tekanan belajar di sekolah dan masalah di rumah seperti tidak mendapat perhatian keluarga.

Siasatan Harian Metro mendapati, modal besar diperlukan bagi menampung kos parti itu termasuk sewa tempat, bekalan arak dan dadah yang menjadi ‘bahan wajib’ pesta seperti itu.

Bagi mereka, wang ringgit bukan halangan bagi menikmati keseronokan ‘syurga dunia’ dengan rakan sebaya.

Kelab, bilik hotel dan apartmen menjadi pilihan yang ditempah menggunakan alasan untuk mengadakan parti hari jadi atau parti perpisahan.

Selain itu, ‘tali barut’ juga diperlukan untuk menyebarkan risalah mengenai parti berkenaan secara sukarela dan mengutip bayaran masuk serendah RM25.

Difahamkan, parti seks liar itu dijalankan sekali seminggu terutama di bandar besar dan kebanyakan pengunjung yang masih mentah, mula mengenali seks, arak dan ganja dengan menghadiri pesta seperti itu.

Siasatan Harian Metro mendapati, bagi menarik remaja lelaki mengunjungi parti itu, penganjur menyediakan gadis cantik dan berpakaian seksi.

Pengakuan seorang pelajar tingkatan 3 yang mahu dikenali sebagai Eddy membongkar kisah kehidupan liar remaja terbabit.

Eddy, 15, mendakwa dia menerima ajakan rakannya ketika fikirannya kusut dengan masalah keluarga dan dia menjadikan parti liar itu untuk melupakan masalah.

“Apabila berjumpa rakan yang ambil berat dan mendengar masalah saya di sana, saya mula sedar di sinilah tempat untuk melepaskan tekanan.

“Jika tidak sibuk, sekurang-kurangnya lima kali sebulan saya akan menghadiri parti seperti itu.

“Siapa yang akan menolak menghadiri parti itu kerana dengan bayaran hanya RM25 hingga RM100, pengunjung boleh melakukan hubungan seks selain minum arak dan menghisap ganja,” katanya ketika ditemubual di sini, semalam.

Eddy mendakwa tiada unsur paksaan dalam parti itu kerana pengunjung bebas memilih pasangan mereka.

“Selepas berhibur dan mabuk, kebanyakan kami akan menghabiskan masa dengan pasangan masing-masing. Kami juga boleh bertukar-tukar pasangan pada setiap parti,” katanya kepada Harian Metro.


Gelojak jiwa remaja

KUALA LUMPUR: Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Jaslaile Suzana Jaafar, mengakui menerima aduan ibu bapa bahawa anak mereka terjebak dengan parti liar.

Katanya, tiada sebab khusus boleh menjelaskan punca remaja mudah terjebak dengan masalah sosial seperti menghadiri parti liar kerana semuanya bergantung kepada individu itu sendiri.

“Sebenarnya, tiada faktor jelas mengapa remaja mudah terjebak dalam masalah sosial seperti ini, namun masing-masing mempunyai alasan tersendiri termasuk kurang perhatian ibu bapa dan pengaruh rakan.

“Jiwa remaja yang mahu mengenali diri sendiri, mendapatkan pengalaman dan mahu diri dihargai turut menjadi punca masalah sosial ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas mengenai pembabitan golongan anak orang kaya menganjurkan parti liar seumpama itu, beliau berkata, jiwa mereka kosong dan tiada motivasi untuk mencari hidup lebih bermakna.

“Golongan ini boleh dianggap parah kerana mereka sudah ada segala-galanya dan diberi kebebasan oleh keluarga,” katanya.

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates