Remaja Melayu berpenyakit |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }


Posted by mdshah


Telah beberapa tahun berlalu sejak saya membaca buku Malay Dilemma
Revisited yang ditulis oleh Dr Bakri Musa dan ingatan saya mengenai
beberapa isu didalam nya adalah kabur. Tujuan utama tulisan beliau
ialah untuk menolak hypothesis yang dikemukakan oleh Dr Mahathir
mengenai sebab kemunduran orang Melayu dan cara penyelesaian nya.
Salah satu cara untuk meninggikan taraf ekonomi orang Melayu,
mengikut Dr Mahathir, ialah menggalakkan migrasi ke kawasan bandar.
Tetapi pendekatan ini, mengikut Dr Bakri, adalah punca kepada
penyakit masyarakat Melayu (disebut sebagai social pathology).

Saya tidak ingin memuatkan hujah hujah mereka secara terperinci
disini. Jelas kepada kita bahawa remaja Melayu adalah yang paling
ramai di negara ini yang terlibat dalam penagihan dadah, gejala Mat
Rempit dan mungkin juga melahirkan bayi diluar nikah. Mengikut ahli
keluarga saya yang berkhidmat sebagai doktor di hospital bersalin,
bahawa didalam empat bulan yang lalu, beliau telah terlibat dengan
kelahiran dua puluh remaja yang melahirkan anak diluar nikah,
kesemua nya Melayu.

Pada pendapat saya masyarakat Melayu telah mencapai tahap krisis.
Kita semua ingin mengetahui punca masaalah remaja Melayu dan juga
mahu mencari cara yang effektif untuk menyelesaikan nya. Biasa nya
kita menganggap kemerosotan moral secara nyata dan besar besaran
hanya berlaku di negara Barat. Mungkin kah hypothesis Dr Bakri
terbukti betul? Kebanyakan orang Melayu di bandar masih lagi tinggal
di kawasan setinggan dan dengan beban kos hidup yang tinggi memaksa
kedua ibu bapa bekerja meninggalkan anak tanpa bimbingan.

Bagaimanapun masaalah remaja Melayu ini tidak lah unique. Di Britain
baru baru ini penyelidikan oleh Independent Advisory Group (IAG) on
Sexual Health and HIV, melaporkan bahawa krisis yang sama juga telah
berlaku. Penyelidik berpendapat bahawa pengaruh budaya celebrity
merupakan salah satu punca kepada gejala ini. Remaja yakin bahawa
cara hidup celebrity yang terdiri daripada bintang bola sepak,
model, penghibur adalah cara yang boleh memberikan erti dalam hidup
mereka. Kehidupan celebrity biasa nya tidak berlandaskan kepada
nilai moral tetapi hanya kepada unsur `glamour'. Semua nya di
paparkan secara subliminal menerusi iklan dan tayangan television.

Di Malaysia bukan sahaja remaja Melayu malah orang orang dewasa juga
terikut ikut dengan aksi selebriti. Program berbentuk hiburan, yang
bertujuan menarik perhatian kepada dunia glamour disiarkan bukan
sahaja secara bersiri seperti Akademi Fantasia dan program serupa
dengan nya oleh beberapa stesyen TV, tetapi lengkap dengan preview
dan postmortem. Sekarang ini ada juga pertandingan hiburan untuk
kanak kanak pula. Program hiburan untuk remaja Melayu umum nya tidak
lagi bermusim tetapi disiarkan disepanjang tahun lengkap dengan
siaran ulangan nya.

Didalam bidang pendidikan ugama pula ulama lebih banyak menumpukan
dakwah kepada warga tua , kerana mungkin ianya lebih
lucrative, atau menguntungkan. Ulama pula perlu lah menyesuaikan
penyampaian konsep Islam yang lebih mesra untuk remaja

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates