Terbaru Mengenai Siti |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Posted on Sunday, June 24 @ 22:51:49 MYT by greenboc


Berita ctSiti Nurhaliza nama yang menjadi ikon bagi semua lapisan. Siapa yang tidak kenal Siti Nurhaliza? Daripada pemimpin negara hinggalah anak-anak kecil yang baru bertatih-tatih berjalan.


Semua orang kenal Siti dan semua ambil berat tentang dia. Kalau ada yang tidak kenal penyanyi nombor satu ini, anggaplah itu adalah satu "gurauan". Bagaimana Siti selepas sahaja bergelas isteri? Ikuti kisahnya...


Ogos ini genap setahun penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza melayari bahtera kehidupan sebagai isteri kepada Datuk Khalid Mohamed Jiwa.

Mengakui semakin matang dalam menjalani kehidupannya, kata Siti, dia sentiasa memanjatkan doa agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.


KEL


“Syukur dah hampir setahun pelayaran saya sebagai isteri. Masih banyak cabaran dan dugaan yang akan saya tempuhi. Tambahan pula bergelar isteri kepada seorang usahawan bukannya mudah. Selalunya suami saya pun sentiasa sibuk. Jadi bagi saya masa yang ada digunakan sebaiknya bersama-sama,” kata Siti yang ditemui selepas majlis ulang tahun ke-33 Lord’s Tailor dan sambutan hari bapa yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung perbualan, kata penyanyi jelita ini, kehidupannya sekarang semakin terisi dan dirinya masih lagi cuba untuk memahami antara satu sama lain demi mendapatkan keserasian dalam rumah tangganya.

“Saya masih lagi belajar untuk menjadi isteri yang baik. Saya masih lagi cuba untuk lebih memahami diri suami saya dan banyak lagi yang perlu saya pelajari,” ujarnya.

CT
gambar terbaru Siti Nurhaliza yang dirakam ketika penyanyi itu
melawat ayahnya di sebuah Hospital dekat Ampang Kuala Lumpur baru-baru.

Sama seperti pasangan lain, pastinya Siti dan suami tidak terlepas merancang untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya di sebuah lokasi yang mampu meninggalkan sebuah kenangan terindah buat kedua-duanya.

Biarpun pada mulanya Siti seakan berahsia, tetapi akhirnya Khalid telus memberitahu, Venice merupakan kota pilihan mereka.

“Kami akan ke Venice selama dua minggu. Dah lama kami merancang untuk ke sana. Cuma tarikhnya kami belum tentukan lagi,” kata Khalid sambil tersenyum.

Kebahagiaan rumah tangga
datuk

Tidak lokek untuk berkongsi kebahagiaan dirinya setelah bergelar isteri, kata Siti: “Rasanya petua kebahagiaan Siti tentunya kerana kami saling memahami antara satu sama lain. Paling penting perlu ada rasa hormat antara satu sama lain. Selain kita perlu taat kepada suami.”

Kebahagiaan itu jelas tergambar apabila Siti masih juga tersenyum apabila ditanya, bila akan menjadi ibu - satu soalan yang acap kali ditanyakan padanya.

“Saya tak merancang dan jika dapat anak dalam masa terdekat, satu rezeki buat saya. Ada juga yang kahwin enam atau tujuh tahun baru dapat anak kan? Saya harap rezeki saya tidaklah selambat itu.

Saya macam isteri-isteri lain yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Dengan cara berjumpa pakar kesihatan selain bertanya kepada orang-orang tua,” katanya yang turut mengakui doa untuk mendapatkan zuriat antara doa yang dimintanya ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.


ULASAN

Demikian kisah terbaru Dato' Siti Nurhaliza, ikon masyarakat yang kini muncul semula di tengah masyarakat.

re
Waktu remaja
Ramai diantara peminatnya yang bertanya: apakah Siti berubah selepas perkahwinannya? Atau setidak-tidaknya merubah penampilan dirinya kepada seorang muslimah yang lebih mulia setelah bergelar seorang isteri?

Ada desas-desus yang menyatakan Dato' Siti akan nmemakai tudung selepas bergelar isteri. Nampaknya harapan itu belum menjelma sekalipun membelek album gambar-gambar lama Siti akan mendapati Siti lebih ayu dan manis bila mengenakan tudung di kepalanya.

Apa pun kita berharap, sebagai IKON, Siti yang menjadi public figure ini dapat menunaikan hasrat para peminatnya kerana penampilan yang lebih mematuhi syariah pasti lebih memberkatkan kehidupannya.

Tiada siapa yang boleh memaksa dan tiada siapa pula yang boleh menentukan apa jua keputusan Siti selepas ini.

Namun dalam imbauan "Islam itu bersaudara" maka disitu melayakkan kami untuk menyampaikan hasrat peminat-peminatnya dari kalangan orang beriman.

Memang tidak dapat dinafikan yang bertudung tidak semestinya baik seperti yang pernah diutarakan oleh Siti satu ketika dulu, namun setidak-tidaknya menenuhi tuntutan syariat yang meminta muslimah agar tidak menampakkan bahagian auratnya.

Jika itu yang Dato' Siti dapat lakukan, maka itulah hadiah terbesar Dato' kepada peminat-peminat setianya kerana role model itu tetap menjadi ingatan dan ikutan para remaja selain dari mempunyai nilai pahala yang banyak apabila ianya diikuti oleh setiap mereka yang bakal mengikuti jejak langkahnya nanti.

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates