TERTELAN BESI TINDIK SEMASA HIRUP MI |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }




Berita dari Singapura
Mujur 'barbell' yang terselit dalam tubuh dapat dikeluarkan

Oleh
Khalid Khamis

ENCIK Idris Ibrahim Shamsudin menindik lidahnya sekitar lima tahun
lalu kerana menganggap sesuatu yang 'cool' dan menjadi trend di
kalangan remaja.

Namun tidak pernah terlintas di fikirannya, besi jenis 'barbell'
yang dipasang di lidahnya sepanjang sekitar tiga sentimeter
itu 'ditelannya' ketika menikmati hidangan mi segera awal pagi
Selasa lalu.

Ketika menjalani X-ray di jabatan kemalangan dan kecemasan di
Hospital Besar Changi (CGH) Selasa lalu, besi tindik itu didapati
terselit pada paras tulang rusuk nya.

Buat seketika jantungnya berdegup dengan pantas kerana bimbang
terpaksa dibedah atau lebih buruk membawa maut.

Namun beliau bernasib baik kerana besi itu berjaya diturunkan hingga
ke saluran najis dan dikeluarkan ketika membuang air besar.

Disebabkan pengalaman tersebut, Encik Idris, 24 tahun, seorang
pekerja pemunggah barang, sudah serik dan menyesal serta tidak mahu
memasang besi tindik di lidahnya lagi.

Ketika ditemui di katil hospitalnya semalam, Encik Idris berkata
bahawa besi tindik itu sebenarnya adalah milik rakannya dan mula
dipakai pada hari yang sama ketika beliau menikmati mi segera
tersebut.

Beliau berkata besi itu mungkin tertelan kerana tidak diskru atau
bahagian yang boleh ditanggalkan dan dipasang semula itu tidak
diskru dengan ketat.

Menurutnya, beliau mempunyai besi 'barbell'nya sendiri tetapi telah
dibuang oleh ibunya.

Ibunya melarang keras beliau menindik lidahnya itu.

'Tengah sedap-sedap makan maggi, tiba-tiba baru perasan besi dah tak
ada kat lidah.

'Menggelabah sekejap, selepas itu macam ada benda yang tersengkang
di kerongkong,' katanya berkongsi pengalaman yang mencemaskan itu.

Peristiwa tersebut berlaku sekitar 1 pagi di kedai kopi di kawasan
Tampines Selasa lalu.

Takut besi yang ditelan itu boleh memudaratkannya, beliau terus
meminta rakannya menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital.

Akibatnya, anak sulung daripada tiga beradik itu terpaksa dirawat di
hospital selama empat hari untuk mengeluarkan besi tersebut.

Rawatan antibiotik selama tiga hari berjaya mengeluarkan besi itu
dari saluran najis.

Dua imbasan X-ray yang dilakukan pada sebelah pagi dan petang
semalam pula tidak menunjukkan saki-baki besi berada dalam badan
Encik Idris.

'Saya dah serik nak pakai benda ini lagi. Nasib baik ia dapat
dikeluarkan, tak boleh keluar jadi aniaya pula,' tambahnya.

Kini beliau juga cuba menasihatkan teman wanitanya agar berhenti
memakai besi tindik yang serupa di lidahnya bagi mengelakkan
kejadian sepertinya.

Beliau telah dibenarkan pulang ke flatnya petang semalam.



Related Posts by Categories



1 comments

  1. Unknown  

    June 25, 2021 at 1:48 PM

    Salam nk tanye klu saya tertelan barbell tapi rasa ok. Harus ke saya gi emergency? Ia berlaku jam 130 ptg.

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates