Anak Dato' Shake |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



BUKAN saja perwatakan mereka tidak sama, malah
kecenderungan minat seni juga berlainan. Itulah Amaro
Isor Shake, anak kesayangan kepada penyanyi lagenda
kita, Datuk Shake.

Pertama kali bertentang mata dengan Amaro yang
mempunyai wajah mirip kepada pemuda Arab, ramai akan
menganggap Amaro seorang yang tidak mesra dan sedikit
sombong.

Namun setelah menghabiskan beberapa jam dengannya,
ternyata itulah sikap Amaro yang sebenarnya. Bukan
sombong cuma agak pendiam dan suka menyendiri.

Keperibadian Amaro yang tegas, tidak mudah tersenyum
dan memilih perkataan dengan begitu berhati-hati
memberi gambaran yang Amaro lebih dewasa dari usia
sebenarnya iaitu 25 tahun.

Agak melucukan apabila Shake sendiri merasakan sikap
Amaro lebih dewasa dari dia sendiri.

"Itulah sikap Amaro. Ramai orang ingat dia serius dan
sombong tapi sebanrnye dia ni a thinker and
philosopher. Kembarnya Nicholas lagi serius...," kata
Shake selamba.

Amaro juga merupakan saudara kembar kepada Nicholas
Shake, seorang pelakon yang sedang mencipta nama di
Hollywood .

Jika Nicholas, seorang pelakon yang sedang meningkat
naik di Hollwyood dan pernah membintangi filem
National Lampoon's Dorm Daze 2, The Fallen, The Best
dan 20/20, Amaro pula lebih kepada bidang pengarahan
dan penulisan skrip.

"Saya meminati bidang pengarahan sejak berusia 16
tahun lagi. Ketika itu ramai pemuda seusia saya lebih
minat berlakon tapi saya suka melakukan kerja-kerja di
belakang tabir," kata Amaro yang mendapat pendidikan
seni pengarahan filem dari LR Strasburg School di
Amerika.

Menurut ibu Amaro, Datin Milena yang berada sama
ketika sesi wawancara yang berlangsung di Premier
Lounge, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, tahap
pencapaian untuk memasukki Beverley Hills High School
agak berlainan.

Pengaruh dan wang ringgit tidak menjamin tempat di
dalam sekolah tersebut. Yang penting minat dan
keperibadian yang ditunjukkan oleh seseorang pelajar
itu.

"Saya difahamkan, jawapan yang diberi oleh Amaro
membuat pengetua sekolah itu memberi dia peluang untuk
belajar di sekolah itu," kata Milena, model kelahiran
Yugoslavia yang juga merupakan pelakon teater terkenal
satu masa dulu.

Amaro, yang tekun mendengar penjelasan ibunya berkata,
"Saya ditanya kenapa saya minat mengarah dan saya
menjawab..."I'll be the best!"

Disebabkan ketekunan dan kerajinan daya usaha yang
ditunjukkan oleh Amaro, dia merupakan pelajar terbaik
dalam sekolahnya.

Bagi Shake, minat yang ditunjukkan oleh anak
kembarnya, baik Nicholas dan Amaro, sudah dapat
dijangka sedari kecil lagi.

"Saya dapat rasa yang mereka sudah bersedia melakukan
sesuatu yang mereka mahu. Untuk berjaya dalam bidang
seni, walau apa bidang sekalipun, kita perlu ada minat
yang mendalam, keyakinan dan frame of mind. You mesti
betul-betul minat dengan bidang ini kalau ingin
berjaya. Selebihnya adalah nasib...," kata Shake yang
kelihatan ceria sepanjang wawancara itu.

Kata Shake lagi, "Saya sendiri tahu anak-anak saya ni
real atau tidak. Seandainya mereka tidak real, saya
tidak akan mengalakkan mereka dalam bidang ini. Buat
apa?."

Ketika menuntut di Beverley High Schools , Amaro
terdedah dengan berbagai exposure dari bidang
pengacaraan, penulisan skrip, berlakon dan mengarah.
Pada ketika tertentu, personaliti atau pelakon
terkenal Beverley Hills akan berkunjung ke sekolah
mereka untuk memberi tunjuk ajar dalam bidang
kemahiran masing-masing.

"Sekolah kami mempunyai TV channel kami sendiri, jadi
apa saja projek atau tugasan yang diberikan akan
disalurkan ke siaran ini." jelas Amaro lagi yang
melanjutkan pelajarnnya di California Arts Institute
ketika usianya 19 tahun.

Pembelajaran selama 3 tahun di sini banyak memberi
pendedahan baru kepada Amaro dalam bidang fotografi,
lighting, editing, lakonan teater, pengarahan dan
banyak lagi aspek yang berkaitan.

Dorongan minat yang tebal dalam bidang pengarahan
bagaikan memberi semangat baru kepada Amaro untuk mara
setapak lagi.

"Saya terpaksa berkorban masa yang panjang di set
penggambaran untuk mendapatkan hasil yang terbaik,"
jelas Amaro yang pernah menghasilkan sebuah filem
pendek bertajuk Rex Buster di Festival Filem Cannes
baru-baru ini.

Filem ini turut dibintangi oleh Nicholas dan
dihasilkan oleh Twin Scorpion Production, milik kedua
beradik ini.

Selain mengarah beberapa filem seperti The Best, The
Fallen dan Rex Buster, Amaro juga banyak mengahsilkan
video clip untuk beberapa penyanyi termasuklah untuk
Datuk Shake sendiri.

Dua video klip yang telah dihasilkan Amaro untuk Shake
adalah What Now My Love dan Demon et Merville
(Talisman)

Ditanya bagaimana perasaan Amaro berkerja dengan
ayahnya.

"Ayah saya seorang yang unik. Dia berbakat besar, free
spirit dan tahu apa yang dia mahu. Sikap dan
peribadinya jauh berbeza dengan saya. Disebabkan
personaliti yang begitu, dia tidak makan tua.

Dari segi kerja, kami berdua amat profesional. Di set,
dia akan melawak dan beramah mesra seperti biasa
sedangkan saya serius dan tidak banyak bercakap,"
jelas pemuda kelahiran Paris ini.

Bulan hadapan, Amaro akan sibuk di lokasi untuk
mengarah filem seram Hollywood .

"Saya tidak sabar untuk mengarah feature film pertama
saya iaitu sebuah filem seram. Tajuknya saya tidak
dapat beritahu. Walaupun sudah mengarah beberapa filem
tapi inilah satu-satunya filem Hollywood yang menelan
belanja yang besar dan saya amat teruja untuk
membuktikan bakat saya," jelasnya lagi.

Amaro yang minat menonton filem-filem arahan M Night
Shyamalan, Stanley Kubrick, Alfred Hitchcock dan
JohnWoo bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah
filem yang disegani di rantau sini satu hari nanti.

"Walaupun dilahir dan dibesarkan di luar negara, saya
tidak pernah menganggap diri saya asing di sini. Ayah
banyak memberi pendedahan kepada saya agar jangan
sekali-kali melupakan asal usul saya.

Ayah orang Malaysia dan ibu pula dari Yugoslavia . Saya
tidka pernah lupakan kedua negara ini. Saya teringin
menerbit dan mengarah sebuah filem Melayu nanti
selepas saya mendapat pendedahan yang secukupnya di
Hollywood .

"Industri perfileman berkembang dengan sihat di sini.
Saya telah ditanya oleh Perdana Menteri, Abdullah
Badawi tentang hasrat untuk membuat filem Melayu.
Sudah tentu ia amat membanggakan kalau saya dapat
menghasilkan filem Melayu itu.

Bagi Amaro, sesebuah filem itu akan tampak menarik
sekiranya ia mempunyai beberapa kriteria tertentu.

"Bila membuat filem, kita kena tahu apa yang ingin
kita sampaikan secara visual. Dan samada penyampaian
kita itu sampai atau tidak. Sebab itulah saya boleh
menonton apa jenis filem sekalipun sekiranya ia sebuah
filem yang baik," katanya lagi.

Amaro yang juga telah banyak mengahsilkan skrip filem
berkata dia lebih senang membuat interpretasi skrip
orang dari skrip dia sendiri.

"Rasanya lebih senang dan lebih mencabar begitu. Saya
suka menyelitkan elemen dramatik kepada filem-filem
saya," kata Amaro yang mengakui dia seorang
analytical.

Amaro berkata dia masih dalam proses mempelajari
teknik pengarahan yang terbaik dan mencari-cari apa
sebenarnya 'movie magic' itu. Oleh sebab itu jugalah,
banyak masa Amaro dihabiskan untuk memerhati gelagat
manusia tidak kira di mana dia berada.

"Saya juga seorang yang berhati-hati dan agak cerewet.
Saya terlalu mengharapkan kesempurnaan (perfection)
mungkin sebab itu saya serius," katanya lagi.

Amaro juga amat meminati filem-filem Bruce Lee dan apa
saja budaya dari negeri Jepun.

"Entahlah mungkin sebab ianya unik. Bukan saja budaya
Jepun, saya juga tertarik dengan filem Ninja dan
Samurainya," kata Amaro lagi.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates