Jutawan Muda |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Usia baru 26 tahun, disyaki terima rasuah RM2 juta PDF Print E-mail
Wednesday, 05 September 2007


ImageSHAH ALAM: Seorang pegawai atasan dari kumpulan pengurusan dan profesional di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di Selangor sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas dakwaan menerima rasuah RM2 juta.

Pengarah BPR Selangor, Mohd. Jamidan Abdullah berkata, siasatan ke atas pegawai muda berusia 26 tahun itu dibuat setelah mendapat maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, kes itu melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan pembangunan dan permohonan penukaran status tanah di negeri itu.

Kata beliau, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan ke atas pegawai dari kumpulan pengurusan dan profesional itu.

Dalam siasatan itu, tambahnya, BPR merampas dua rumah, dua kereta serta simpanan tetap yang bernilai RM500,000 milik pegawai tersebut.

“Kita masih teruskan siasatan dan mencari baki wang rasuah serta perbelanjaan yang dilakukan pengawai itu yang dipercayai melakukan kesalahan hujung tahun lalu.

“Bagaimanapun, kita tidak menahan pegawai itu buat masa ini sehingga siasatan terhadapnya mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 selesai,” katanya. Thestar/Utusan

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates