Hari-hari Penting dalam Kalendar Islam |ISUHANGAT



TARIKH

HARI2 PENTING

GANJARAN

1hb Syawal

"Haram berpuasa pada hari ini" Puasa Enam(Sunnah) - Berpuasa 6 hari selepas Aidilfitri dalam bulan Syawal.

Berpuasa dibulan Ramadan, kemudian melakukan 6 (puasa) dalam Syawal, adalah seperti puasa sepanjang tahun.

Bulan Zulkaedah

Rasulullah s.a.w. meninggalkan Kota Medinah menuju ke-Mekkah untuk menunaikan Haji Wida' (Haji penghabisan) baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.

Sesiapa yang keluar mencari ilmu pengetahuan (Agama)*, dia di dalam perlindungan Allah sehingga dia pulang. * Jika orang itu mati ketika pencariannya itu, dia mati syahid.

1hb Zulhijjah

Allah mengampuni Nabi Adam 'Alaihis salam.

Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya.

2hb Zulhijjah

Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus 'Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan.

Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata.

3hb Zulhijjah

Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah 'Alaihis salam.

Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya.

4hb Zulhijjah

Nabi Isa 'Alaihis salam dilahirkan.

Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia.

5hb Zulhijjah

Nabi Musa 'Alaihis salam dilahirkan.

Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur.

6hb Zulhijjah

Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya.

Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu.

7hb Zulhijjah

Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu.

Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripa danya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.

8hb Zulhijjah

Hari Tarwiyah.

Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri.

9hb Zulhijjah

Hari Arafah

Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: "Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula ni'matku kepadamu".

10hb Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha Haram berpuasa pada hari ini.

Barang siapa berkurban dengan suatu kurban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud.



Diceritakan dari Sufyan, bahawa dia berkata:"Saya mengitari kubur-kubur orang Islam diKota Bashrah pada beberapa malam dibulan Zulhijjah. Tiba-tiba ada cahaya dikubur salah seorang dari mereka. Maka saya berhenti sambil berfikir. Pada saat itu ada suara keras yang mengatakan: "Hai Syufyan, supaya engkau berpuasa 10 hari dibulan Zulhijjah, maka akan diberikan kepadaMu seperti cahaya ini".

Akhir Zulhijjah & 1hb Mharram


Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun men datang dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberik an baginya tebusan dosa selama 50 tahun". Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:"Sungguh Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah". Sabda Rasulullah s.a.w.: "Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari yang 10 ini ialah: "Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya".

10hb, 11hb, 12hb &13hb Zulhijjah

Hari-hari yang diharamkan berpuasa


Bulan Safar

Peperangan Bani Khaibar & Bani Qianuqak

Berpuasa selang hari "Puasa Sunnah yang terbaik diantara puasa-puasa Sunnah dalm setahun".

2, 3 & 4hb R'awal 12hb R'awal

Peristiwa persembunyian Rasulullah s.a.w. & Sayyidina Abu Bakar di Gua Hira untuk berhijrah keMedinah. Hari keputraan Rasulullah s.a.w .

Doa seseorang hamba yang berpuasa, akan diterima oleh Allah.

Bulan R'akhir

Peperangan Jamal(Unta) - perang saudara pertama dalam sejarah Islam

Sesiapa yang berpuasa sehari dijalan Allah, akan meletakkan sebuah parti diantara dirinya dan api neraka sebesar jarak diantara Langit & bumi.

8hb Jamadilawal

Kelahirann Sayyidina Ali bin Abi Talib

Berpuasa pada 3 hari iaitu 13hb, 14hb & 15hb dalam sebulan, adalah seperti berpuasa untuk satu bulan.

8hb Jamadilakhir

-Perlantikan Sayyidina Umar alKhattab sebagai khalifah ke2 -Berlakunya peperangan Yarmuk dizaman Khalifah Umar alKhattab tahun 13 Hijrah

Sesiapa yang berpuasa dijalan Allah, akan dijauhkan mukanya dari Api neraka sejauh jarak 70 tahun.

26hb & 27hb Rejab

Berlaku peristiwa Israk dan Mikraj.

Setiap perkara itu ada dikenakan Zakat, dan Zakat bagi badan itu adalah Puasa.

15hb Syaban

-Nisfu Syaban. -Penukaran qiblat dari Masjid alAqsa diBaitul Muqaddis ke Kabah .

Barang siapa berpuasa dari 13hb hingga 15hb dengan ketaqwaan & mengharapkan balasan(diakhirat) , segala dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.

Bulan Ramadan

-Bulan yang difardhukan keatas umat Islam mengerjakan ibadat Puasa. -Nuzul Al-Qur'an pada 17hb. -Berlaku peperangan Badar pada 8hb tahun ke2 Hijrah -Penyempurnaan pembukaan Kota Mekkah pada 10hb.





--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates