Isu Jika Enggan Buka Tudung , Carilah Kerja Lain – Kenyataan Balas MaBeSpa |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Berita Oleh pemudawilayah

"Oleh HermanSamsudeen
Isu ‘Jika Enggan Buka Tudung , Carilah Kerja Lain’ yang disiarkan dalam akhbar mstar online bertarikh 18 Disember 2007 ternyata mengundang pelbagai reaksi dikalangan rakyat, khususnya kalangan wanita Islam negara ini.
Ternyata isu sensitif ini begitu mengganggu ketenteraman beberapa pihak yang sukar menerima hakikat bahawa negara yang dihuni oleh lebih 50% umat Islam ini melayan wanita-wanita muslim dalam cara yang sedemikian.


Justeru itu, Presiden Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera (MaBeSpa), Mohaizi Mohamad tampil mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menyatakan kekecewaannya terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh wartawan mStar hingga menyebabkan kenyataan beliau sebelum ini disalah tafsirkan oleh semua pihak.
Didalam kenyataannya, beliau mendakwa bahawa wartawan mStar, Salhan K.Ahmad telah menyalah tafsirkan pandangan beliau yang diperolehi dari temuramah melalui telefon.
“Kenyataan yang dibuat melalui perbualan telefon tersebut tidak dibuat secara rasmi di mana penulis tidak memperkenalkan diri sebagai pemberita dan menelefon untuk bertanya secara peribadi dan bukannya sebagai wakil daripada MaBeSpa. Penulis telah memutar belitkan kenyataan Mohaizi Mohamad dengan niat mencari publisiti murahan” kata Mohaizi.
Mohaizi juga menegaskan bahawa Presiden MaBeSpa hanya ingin menjelaskan bahawa sekiranya pemilik pusat kecantikkan yang bukan Islam tidak berminat untuk menerima pekerja bertudung, ia bukanlah merupakan suatu kesalahan. Sebagai pemilik pusat kecantikkan, mereka mempunyai hak mutlak untuk memilih pekerja yang dapat membangunkan perusahaan. Beliau mencadangkan agar pekerja – pekerja yang beragama Islam dan bertudung memohon pekerjaan di Pusat Kecantikkan yang boleh menerima mereka.
“MaBeSpa sebagai persatuan bumiputera mengambil kira isu ini sebagai serius dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap penulis kerana penulis telah memburukkan nama persatuan dan mensensasikan kenyataan presidennya” tegas Mohaizi dalam kenyataan ringkasnya.
"

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates