Ayat 1000 dinar |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }




-->KLIK DI SINI UNTUK MUATTURUN "AYAT 1000 DINAR"<--


Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal. Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Saya pernah menguji seorang peniaga yang menampal banyak pelekat ayat 1000 dinar di sekitar meja juruwang di kedainya, apa yang dia faham mengenai ayat itu. Peniaga itu menjawab, dia tidak tahu apa maksud ayat 1000 dinar itu, tetapi dia menampal pelekat ayat itu dengan harapan akan beroleh keuntungan besar. Pada hari Jumaat, peniaga itu tidak sembahyang Jumaat kerana sebok melayan pelanggan dikedainya. Adakah itu cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar?

Bagi saya, mengamalkan ayat 1000 dinar ini adalah dengan mengikuti dan menta'ati ajaran yang terkandung di dalam nya, iaitu bertaqwa dan bertawakkal. Maka jika kita berhajat untuk mengamalkan ayat 1000 dinar, maka kita hendaklah mempelajari dengan lebih mendalam apakah yang dimaksudkan taqwa dan tawakkal, kemudian kita mengamalkan taqwa dan tawakkal pada setiap masa dalam hidup kita. Tak perlu nak tampal pelekat atau mengulang-ulang menyebutnya, sedangkan pengajaran yang dianjurkan dalam ayat 1000 dinar itu tidak diikuti.

Related Posts by Categories



1 comments

  1. Anonymous  

    February 1, 2008 at 1:10 AM

    Terima kasih admin,dah download dah.. saya dah lama nak cari ayat 1000 dinar ni

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates