Ikin Bertudung |ISUHANGAT

ISU HANGAT



Alhamdulillah, seorang lagi artis dah bertudung..

SEDANG penulis leka tercari-cari tempat duduk untuk menyaksikan detik
bersejarah pelakon, Beego, 27, dan pasangannya, Intan Shahira Mohd.
Shahru, 26, beradu di pelamin nan indah di Hotel Palace Of The Golden
Horses, Seri Kembangan kelmarin, mata tertancap seketika pada kelibat
dua kembar seiras glamor ini.

Sudah terang lagi bersuluh. Setelah diamati mereka adalah adik-beradik
dan juga pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri, Kawan – Ikin
dan Aenn.


Enggan melepaskan pandangan kasar, malah jiwa di dalam meronta-ronta
untuk mengesahkan sekali lagi kebenaran di depan mata kerana salah
seorang kembar ini begitu ayu dan kelihatan sopan mengenakan imej
bertudung.

Tidak dinafikan, sebelum ini memang ada desas-desus yang mengatakan
Ikin yang dikatakan 'berkongsi hati dan perasaan' dengan juara Akademi
Fantasia 3 (AF3), Mawi telah pun mengambil keputusan bertudung sejak
sebulan lalu.

Dan kesempatan bertentang mata serta berbicara dengan gadis berusia 29
tahun ini menjawab segala persoalan yang bersarang di hati berhubung
isu hijrah Ikin atau nama sebenarnya Nora' asikin Rahmat.

"Saya pakai tudung sejak sambutan Aidiladha lalu," ucapnya ringkas
seolah dapat mendasari apa yang bakal ditanya penulis.

Tidak henti senyuman manis, Ikin menjelaskan, sebelum menyambut Hari
Raya Haji hampir sebulan lalu, dia mendapat 'petanda' dari mimpi yang
dialami sekali gus menginsafkan dirinya.

"Tak boleh nak beritahu kepada orang ramai apa yang saya lalui dalam
mimpi itu. Rasanya ia terlalu peribadi untuk saya ceritakan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

SAMA tidak serupa. Ikin kini bertudung (kiri) bersama kembarnya, Aenn.

Gambar hiasan:


Mawi pun pakai tudung. huhuhu

Related Posts by Categories



4 comments

  1. cakcibor  

    January 16, 2008 at 12:05 PM

    Kita kalau nak menutup aurat (bertudung dan sebagainya) ni bukan tunggu mimpi baru nak buat atau bila kekasih suruh baru nak buat...ini dah menjadi kewajipan kita sebagai org Islam..kalau dah bersuruh-suruh baru nak buat tak ikhlaslah namanya tu....kalau mimpi tak datang tak bertudunglah ye ?

  2. Anonymous  

    January 16, 2008 at 12:34 PM

    Dapat dalam mimpi tu hidayah namanya. Kira Allah sayang dia la suruh bertaubat tapi masih pakai baju ketat. Namun kira oklah perubahan slow-slow dari balasan dikira setiap helai rambut.

    Syukurlah...

  3. Anonymous  

    January 16, 2008 at 12:38 PM

    Ok le tu ikin bertudung. alhamdulilah. ada orang tu, mana aje hajjah, masih lagi nak tunjuk jambut secopot le... glamour dunia le tu

  4. Anonymous  

    January 16, 2008 at 9:33 PM

    mawi pon pakai tudung...heheheheee..klakar ah

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates