Cerita-cerita kelakar |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Ingat! Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu
Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba
membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire
extinguiser) dengan begitu berminat sekali.

"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan.
"Kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu
lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah
dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api
tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat ! Seperti bom
tangan." Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi
kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam
api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit
berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar
ketukan keras di pintu luar.
"Siapa di luar?,"teriak orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota Polis !"


Bapa Dan 3 Anaknya

Seorang bapa berjalan dengan 3 orang anaknya, masing-masing berumur 8, 5
dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya bekerja. Bapa itu nampak
berfikir keras ketika saya bertanya,
"Ada yang dapat saya bantu?"
"Saya berasa perlu untuk membeli sesuatu, tetapi saya tidak dapat
mengingati apa yang ingin saya beli," jawab bapa itu. Lalu bapa itu
memandang ke arah anak-anaknya dan bertanya, "Baiklah anak-anak, selain
katil dan pintu bilik mandi, benda apa lagi yang korang rosakkan dalam
minggu ini?"


Sarapan Pagi Istimewa

Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang
bertuliskan "SARAPAN PAGI ISTIMEWA", dan lelaki tersebut tertarik dan
memasuki restaurant tersebut. Pelayan membawakan minuman dan bertanya
kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan. Lelaki tersebut bertanya
dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut "Apa SARAPAN PAGI
ISTIMEWA hari ini?
"Lidah ayam bakar", pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga!
"Lidah ayam bakar?? Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu
sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar
dari mulut seekor ayam!" kata lelaki tersebut.
Kemudian pelayan tersebut bertanya "Kalau begitu encik mahu sarapan apa?
"Bawakan saya telur rebus!" jawab lelaki tersebut. "Itukan dari 'bontot''
ayam!" jawab pelayan dengan selamba.

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates