Penemuan Mayat Bayi di Kampus |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





KUALA TERENGGANU – Lebih 800 pelajar perempuan sebuah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering,di sini di `kuarantin’ bagi disoal siasat ekoran penemuan mayat seorang bayi di tempat pembakaran sampah di kawasan asrama mereka.

Pihak polis terpaksa mengumpulkan mereka di dewan universiti berkenaan mulai pukul 10 pagi sehingga pukul 12 tengah hari semalam bagi mengesan kemungkinan ibu kepada bayi malang itu berada di situ.

Seorang jurucakap universiti memberitahu KOSMO!, beliau difahamkan tiada seorang pun pelajar yang disoal-siasat mengaku terlibat.

Namun, seramai 36 pelajar tidak sempat disoal-siasat kerana telah pulang ke rumah masing-masing sehari sebelum penemuan mayat bayi berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan, seorang tukang sapu berusia 30-an menjumpai mayat itu di tempat pembakaran sampah dalam keadaan separuh terbakar.

Katanya, pada petang kelmarin, tukang sapu berkenaan telah membakar sampah di situ tanpa menyedari turut membakar mayat itu.

“Tetapi apabila datang kerja keesokan harinya, dia melihat sampah yang dibakar semalam tidak rentung,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Manoharan berkata, apabila terasa kelainan pada sampah itu, lelaki berkenaan memeriksanya dan terkejut apabila ternampak mayat seorang bayi yang masih bertali pusat.

Katanya, mayat separuh terbakar itu dipercayai cukup bulan dan baru sahaja dilahirkan.

“Laporan polis berhubung kejadian berkenaan dibuat oleh tukang sapu berkenaan di Balai Polis Chendering.

“Siasatan adalah tertumpu kepada pelajar perempuan di universiti terbabit kerana mayat berkenaan ditemui di dalam kawasan asrama,” katanya.

Tambah beliau, sehingga kini ibu yang bertanggungjawab membuang bayi itu masih dicari dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyi kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.


Sumber: Kosmo

Related Posts by Categories



6 comments

  1. Anonymous  

    February 1, 2008 at 4:49 PM

    buduss..x de kesedaran sivik, x de kesedaran moral, x de kesedaran agama...pompuan tuh..

  2. Anonymous  

    February 2, 2008 at 12:51 AM

    pompuan...tapi yg buatnya lelaki.. sama je dua-dua..tak boleh nak salahkan sebelah pihak je...

  3. Anonymous  

    February 3, 2008 at 12:18 PM

    ha ah..dua dua budus..tak de iman..

  4. Anonymous  

    February 4, 2008 at 10:50 AM

    Ni keje org bodoh, bahlul, mmg barua... kecik2 tak mau mampus... apa yg bengap org kita nie.... buang anak

  5. Anonymous  

    February 6, 2008 at 11:51 AM

    mmg sah org. nih... keturunan binatang x da prasaan langsung,silap2 keturunan dia semua asl dari tmpt pembuangan sampah,anjing kurap betul....

  6. penangmali  

    February 23, 2008 at 12:27 PM

    nei sapa yang buang anak..
    dah wat seks pas tu dapat anak tak reti jaga pulak....
    BODOH PUNYA POMPUAN....
    BODOH PUNYA LAKI...
    BANGSAT PUNYA POMPUAN...
    BANGSAT PUNYA LAKI...
    DUA-DUA TAK DA OTAK...
    OTAK ADA KAT KEPALA BABI KOT...

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates