Pekerja TM berpiket |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Tue | Mar 18, 08 | 7:17:31 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Malaysia (NUTE) hari ini mengadakan piket di seluruh negara bagi membantah keputusan Kumpulan TM ke atas tatacara pemberian Tawaran Skim Opsyen Saham Kakitangan (ESOS).

Selain Nute, Kesatuan Pekerja Telekom Sarawak (UTES) dan Kesatuan Pekerja-pekerja Telekom Sabah (SUTE) juga mengadakan piket yang sama di tempat masing-masing serentak pada masa yang sama hari ini. Piket tersebut diadakan di 25 lokasi di Semenanjung, tiga lokasi di Sabah dan Sarawak.

ImageWartawan Harakah, Roy Rasul dan Salmiyah Harun yang berada di Jalan Pantai Bangsar, berhampiran Menara TM melaporkan, kira-kira 500 ahli Nute yang menyertai piket tersebut mula berkumpul pada jam 5.30 petang di kawasan tersebut.

Sungguhpun dipantau kira-kira 20 orang anggota polis, mereka menyatakan bantahan sambil memegang sepanduk dan poster yang bertulis "ESOS jangan nafikan hak kami" serta Pembahagian Esos mestilah telus, jujur dan adil. Kebanyakan peserta piket juga memakai baju dan tudung berwarna merah tanda protes.

Presiden NUTE, Mohamed Shafie BP Mammal yang turut menyertai piket tersebut sewaktu ditemui menyatakan piket tersebut diadakan berikutan cara Imagepembahagian ESOS yang tidak adil apabila tiada cadangan telus terhadap cara pembahagian ESOS, pengurusan Kumpulan TM tidak berbincang dengan kesatuan berhubung syarat pemberian saham serta pembahagian ESOS yang kabur dan mengelirukan.

Katanya, pengendalian isu penyumberan luar oleh Kumpulan TM tidak memberi pembelaan kepada pekerja telekom, khususnya yang lama berkhidmat.

Jelas Shafie, sungguhpun saham ESOS ditawarkan hari ini, pekerja bawahan (non eksekutif ) hanya layak mendapat dua hingga tiga lot saham yang berharga RM2000 sehingga RM3000. Pekerja bukan ekselutif TM berjumlah 26,000 orang.


.

Bagaimanapun mereka menolak sepenuhnya cara dan tawaran ESOS kerana tiada cadangan atau pembahagian saham secara telus dinyatakan cadangan atau pembahagian saham.

Jelasnya, sebelum piket bermula, Nute telah mengadakan mesyuarat bersama CEO TM, Dato' Abdul Wahid Omar, selama dua jam, namun tiada keputusan dibuat. Jelasnya, jika mereka tidak mendapat jawapan yang sepatutnya, satu memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri.

Jelas Shafie, sepatutnya pembahagian saham mengikut pengalaman kerja kerana pekerja bukan eksekutif inilah yang membangunkan TM. Bahkan katanya, ada kalangan pekerja telah berkhidmat lebih 30 tahun.

Menurut Shafie, pemegang saham TM melalui mesyuarat agung luar biasa pada 6 MAc 2008 meluluskan tawaran skim ESOS khas pengasingan TM bagi anggota kumpulan TM. Kelulusan ini diterima baik oleh ketiga-tiga kesatuan dan seluruh anggota TM.

Katanya, Nute mempersoalkan adakah tawaran ESOS ini mengikut jawatan hakiki dengan mengambil kira status perkhidmatan anggota pada 31 Disember 2007.

Katanya, pihak kesatuan berpendapat bahawa pembahagian Esos harus berdasarkan tahun perkhidmatan dan jawatan kakitangan TM.

Selain Shafie, turut hadir memberi sokongan ialah Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC), Mustafa Maarof.

Peserta piket bersurai pada 6.30 petang dalam suasana aman sambil melaungkan "Hidup Nute".


Dato' Wahid Omar CEO TM yang berpindah ke Maybank bulan April ini.

- mns

Related Posts by Categories



2 comments

  1. Anonymous  

    March 19, 2008 at 3:38 PM

    aku pun join gak smlm walau tak tahu cite hujung pangkal,sbb aku keje kat telekom tu..haha

  2. Anonymous  

    March 21, 2008 at 9:01 AM

    Aku dengar cakap-cakap org TM.

    CEO yang dah nak g Maybank dapat 2000 lot saham sdgkan pekerja bawahan yang berjemur,panjat tiang,bekerja mati-matian utk TM dpt 2 lot shj. sedangkan dia yg dah nak berambus pun sempat belasah saham TM juga.sedangkan pekerja bawahan mmg setia dgn TM. Adakah sesuai Esos ni dinamakan saham kesetiaan, sbb tu dia bagi berperingkat-peringkat suruh pekerja TM jgn blah.

    betul ke Dato' Wahid ni kroni Khairi?betul ker cakap-cakap dia ni dah jual menara rebung kepada Temasek?

    Kalau betul aku rasa, baik pekerja Maybank berhati2. Karang habis aset Maybank kena jual...

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates