Artis ugut, pukul isteri |ISUHANGAT

ISU HANGAT



Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang pelakon filem dan drama yang popular sekitar awal 90-an, ditahan polis Sabtu lalu, selepas isterinya membuat laporan mendakwa tidak tahan dipukul secara berterusan oleh artis terbabit.

Malah, pemeriksaan dan hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap pelakon berusia awal 40-an itu turut mendapati dia positif mengambil dadah dipercayai jenis syabu.

Dalam laporannya kepada polis, wanita berkenaan mengadu pelakon terbabit turut mengugut untuk mencederakannya.

Tidak tahan menanggung derita kerana sering dipukul dan bimbang terhadap ugutan dibuat pelakon terbabit, isterinya pasrah menyerahkan suami kepada polis untuk dikenakan tindakan sewajarnya.


Bagi menafikan perbuatannya, pelakon terbabit membuat laporan polis mendakwa dia tidak pernah mengugut isterinya.

Dia sebaliknya mendakwa isterinya sengaja mereka-reka cerita dan membuat laporan polis supaya dia ditahan.

Difahamkan, wanita itu sudah mendapatkan rawatan di hospital dan pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan lebam di beberapa bahagian badan akibat dipukul dan ditampar.

Menurut sumber polis, pelakon terbabit ditahan selepas isterinya membuat laporan dia sering dipukul.

“Pelakon terbabit kemungkinan dibebaskan esok (hari ini), namun kami masih menyiasat perkara terbabit (kes pukul)” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Pelakon lelaki terbabit pernah dinobatkan sebagai pelakon lelaki popular pada zaman kemuncaknya, selain pernah menjadi hero remaja.

Malah, difahamkan ketika kariernya berada di kemuncak, banyak kontroversi dikaitkan dengan pelakon berkenaan tidak kira sama ada melalui filem yang dilakonkan atau dalam kehidupan realitinya sendiri.

Filem lakonannya pernah menggemparkan negara apabila dia bersama pelakon wanita pasangannya melakukan aksi panas dan berani dalam satu babak ketika berada di tepi pantai.

Selain itu, dia pernah ditahan pada 1994 atas kesalahan memandu tanpa memiliki lesen sah manakala cukai jalan kereta dipandunya pula sudah tamat tempoh.

Kesalahan dilakukannya itu mengundang padah apabila dia dihukum penjara sehari dan didenda RM1,100 selepas mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan dan dia tidak dibenarkan memohon lesen memandu selama setahun.

Namun, kontroversi dan kisah panasnya tidak terhenti di situ apabila tidak lama selepas itu, dia ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) kerana disyaki bersekedudukan dan melakukan persetubuhan haram dengan seorang model dan pelakon sambilan.

Related Posts by Categories



3 comments

  1. Anonymous  

    April 9, 2008 at 8:38 PM

    Badrul Muhayat ke?

  2. bee  

    April 21, 2008 at 8:07 PM

    ala bini dia julia daud tu yg giler glamour.padahal mmg betul pun badrul x pukul dia.julia suka hina org mcm dia bagus2.sampai send sms cakap ank org babi la,mak kite pelacur la.ingat sendiri dlu kalau dia baik xlah sebelum dia kawin dlu dia tahu badrul ambik ice dia tetap nak gak.bermakna dia bersubahat la.demi xnak kehilangan artis sanggup perangkap badrul dgn mengandung klu tak ugut nak bunuh diri.hey xmalu

  3. guy  

    May 26, 2008 at 5:04 PM

    betina ni mmg gila glamor..aku kenal sangat..menyundal ngan ramai jantan hobi dia, perasan cantik..maruah dah x de..janji duit masyuk sudah..perut kembung perkara biasa..tau lah dia settlekan..sebelum ni pun dah bnyk kali gi cuci..sebab tu x mustahil..sebelum kahwin, perut dah kembung..nasib kau jadi pak sanggup bad..ntah2 anak org lain...kalau ko x ikut kehendak dia..nanti dia ugut bnuh diri... taktik basi dia 1 msia dah tau..bodohnya kau pompuan

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates