Farid Ridzuan buat laporan Polis |ISUHANGAT



PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, 47, membuat laporan polis berhubung khabar angin mengaitkan dirinya dengan personaliti TV3 yang juga pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 24, dua minggu lalu.

Katanya, cerita yang disebarkan melalui laman web itu bertajuk ‘nurul syuhada dan dato farid! confirm!’ itu keterlaluan.

“Cerita itu tidak benar sama sekali dan saya menjadi mangsa fitnah. Biarlah saya tampil ke depan mewakili orang yang teraniaya apabila membuat laporan di Balai Polis SS 2, Petaling Jaya, dua minggu lalu. Saya bukan buat satu laporan polis saja tapi dua.

“Ia juga membuktikan tiada apa yang hendak disembunyikan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani perkara itu.

“Bagi saya cerita yang disebarkan itu keterlaluan kerana ia membabitkan maruah bukan saja diri saya, malah Nurul sebagai kakitangan TV3.

“Ia juga tidak adil buat Nurul kerana berjaya membina kerjaya yang baik selama tiga tahun dengan TV3. Semua yang dicapainya atas usahanya dan bukan sebab lain,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra dengan media di Sri Pentas, di sini, semalam.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin yang baru dilantik pada 1 April lalu, Farid menafikan satu lagi khabar angin yang disebarkan akhir-akhir ini mengenai hubungannya dengan pelakon baru, Fouziah Ghous.

Katanya, beliau mengenali pelakon jelita itu lima tahun lalu ketika masih berkhidmat sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS).

“Kebetulan akhir-akhir ini rezekinya dalam bidang lakonan, terutama dalam drama yang disiarkan di TV3 hingga digosipkan. Hakikatnya, saya memang baik dengan semua orang bukan hanya kaum hawa malah kaum adam juga.


Gambar Nurul Syuhada di dalam email yang tersebar.

Related Posts by Categories



5 comments

  1. Anonymous  

    April 4, 2008 at 8:42 AM

    AKUM...AWKNI CANTIK.TP BLA AWK MENGACARA AWK SOPAN KT LUAR PLAK AWK SEKSI MCM NI.SO BNYK LA SPEKULASI YG TIMBUL.SUME NYE BERPUNCA DR AWK YG JAJA SGT BODY AWK 2.TUNJUK KT SUAMI AWK DA LER.SEPATUTNER ORG EDUCATED LBIH BJAK UNTUK MENJAGA MARUAH DIRI.

  2. Anonymous  

    April 4, 2008 at 1:24 PM

    seksi ker? macam biasa jer aku tengok... tak la keterlaluan sangat macam artis sorang tuh... nih ok lagi drpd pakai bikini...

  3. Anonymous  

    April 9, 2008 at 5:49 PM

    TIDAK LE SEKSI SANGAT.KEKADANG ORAND DI LUAR SANA BANYAK YANG NEGATIF THINKING BABITKAN PULA NGAN DATO2...LU FIKIR LAH SENDIRI

  4. SpongeBob  

    April 10, 2008 at 6:03 PM

    alah.......ini semua fitnah lah.....biasalah fitnah2 ni kuar sebab org dengki..datuk farid kan da naik pangkat jadi ceo media prima international plak....

    lagipun datuk farid ni memg jenis org yg humble dan peramah...nak jadi leader kenalah mesra dan tak sombong dengan staff,pelanggan dan kenalan...tapi xde la sampai nak ada skandal..

    lagipun ada dkt position macm datuk farid ni jadual ketat,tidur tak cukup and penat.....datuk farid ni jenis family man dan sayangkan anak-anak.dia xde mase untuk semua `hal-hal` remeh-temeh tu....

    dah la gosip2 diorang ni.kes ni kan da selesai..jadi seleb macm diorang ni kena trima yg ramai org yg memandang dan akan judge menggunakan info tanpa bukti..

    tapi tol lah..nurul ni agak jugk la seksinya...dlu xlah seksi sgt..tapi xsemstinya seksi yg jadi isu dorg ni digosipkan.....percayalah crita dorg ni xbetol...

  5. Anonymous  

    September 5, 2008 at 1:26 AM

    korang xkenal minah ne cane perangai sebenar..xheran kena bnyk gosip liar..itu gmbar yg kt internet da agk seksi..luar dari internet yg korang xtau..kalo tersebar..lagi malu besar..die yg wat tindakan jatuhkan maruah sndiri..

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates