Henti Pengunaan Produk Tradisional "Pronoton" |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }







KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya berhenti menggunakan produk tradisional "Pronoton" kerana ia mengandungi racun berjadual "analog sildenafil" yang tidak dibenarkan bagi ubat tradisional.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Eisah A. Rahman berkata pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

"Ubat yang mengandungi sildenafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dengan preksripsi doktor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Eisah berkata penggunaan produk tradisional mengandungi sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular lain.

Sesiapa yang masih mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaanya dengan serta-merta, katanya.

Menurutnya pemilikan untuk jualan produk itu melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

"Bagi syarikat, ia boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

-- BERNAMA

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates