Adab makan dan minum |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



1. Menyuap makanan dgn sedikit dan mengunyah makanan sehingga hancur. Kemudian barulah menyuap yg lain

2. Duduk dgn tenang dn tawadhuk tanpa bersandar atau membesar diri

3. Tidak mencaci makanan sama sekali. Makanlah apabila berselera dan tinggalkan sahaja apabila tiada selera

4. Membiasakan makan tamar sebanyak bilangan yg ganjil diantara satu ke tiga biji .Jangan kumpulkan buah tamar dan bijinya didalam satu bekas

5. Tidak meminum dgn banyak ketika makan melainkan kerana terlekat makanan atau terlalu dahaga

6. Tidak memakan makanan ketika masih panas

7. Memakan buah-buahan yg telah masak sahaja dan tidak meminum ubat melainkan benar-benar sakit

8. Rasulullah S.A.W melarang menghembus ke dalam makanan atau bernafas di dlm makanan

9. Baginda juga melarang supaya tidak menjamah cuka dan minyak sekiranya ia disimpan di dalam bekas tembaga

10. Antara tunjuk-ajar baginda ialah bersugi sebelum dan selepas makan

11. Baginda tidak tidur selepas makan melainkan setelah membersihkan sisa makanan di tangan. Bahkan baginda menggalakkan berwudhuk sebelum makan dan selepasnya. Sesetengah ulama menafsirkan berwudhuk di sini ialah membasuh kedua tangan.

12. Baginda makan dgn menggunakan tida jarinya. Adakalanya baginda menggunakan 4 jari

13. Baginda tidak makan melainkan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Antara tunjuk ajar baginda juga ketika makan ialah : baginda menggalakkan makan beramai-ramai pada satu hidangan, kerana ada keberkatannya. Rasulullah S.A.W bersabda ertinya " Makanan yang paling disukai disisi Allah ialah makanan yang dijamah oleh banyak tangan" (HR. Abu Ya'la, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi daripada Jabir r.a)

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates