Dua bungkus nasi RM25.70 |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





SEMUA GARA-GARA MINYAK NAIK...RAMAI YANG AMBIK KESEMPATAN.

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga gerai makanan yang gagal mempamerkan tanda harga, didakwa bersikap tamak apabila sanggup menjual dua bungkus nasi campur dengan harga RM25.70 di Pekan Nenas, Pontian, di sini, semalam.

Lebih mengecewakan, peniaga itu menggunakan alasan kenaikan harga barang dapur selain kos tanggungan sewa premis yang tinggi menyebabkan ia terpaksa menjual makanan dengan harga mahal.

Seorang pekerja swasta, Ramli Jamal, 30, berkata dia dan rakannya terkilan dengan tindakan peniaga gerai makanan berkenaan mengaut keuntungan lebih dengan mengenakan harga tinggi bagi nasi bungkus yang dibelinya, semalam.

"Saya dan rakan dalam perjalanan dari Simpang Renggam dan singgah di gerai berhampiran tempat letak kereta sebuah masjid di Pekan Nenas untuk membeli dua bungkus nasi campur sebagai makanan tengah hari kami.

"Kami membeli makanan sama iaitu nasi putih bersama ikan, sotong dan sebungkus teh tarik terkejut apabila pengusaha gerai itu mengenakan harga lebih RM25. Harga makanan itu tidak masuk akal," katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro (HM), semalam.

Ramli berkata, biarpun gagal mempamerkan harga makanan, penjual lelaki berusia 40-an itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakannya mempersoalkan harga makanan itu yang terlalu mahal.

"Mungkin saya hanya perlu membayar kurang daripada RM12 di gerai lain bagi makanan sama. Akibat tidak berpuas hati apabila saya meminta penjelasan, peniaga itu menyoal berapa harga makanan saya mampu bayar jika RM26 itu dianggap terlalu mahal.

"Saya geram dan membuat aduan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di pusat bandar," katanya.

Ramli berkata, peniaga gerai itu seharusnya dikenakan tindakan kerana gagal mempamerkan tanda harga selain perbuatannya menjual makanan mahal itu membebankan orang ramai terutama penduduk berpendapatan seherhana dan rendah.

"Peniaga gerai berkenaan tidak seharusnya menjadikan alasan tidak munasabah bagi menjual makanan dengan harga terlalu mahal dan tindakannya boleh mengelirukan orang ramai termasuk pelancong asing.

"Saya harap KPDNHEP memantau perbuatan peniaga tidak bertanggungjawab itu supaya perkara sama tidak berulang," katanya.

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates