Akta AUKU dihapuskan - Tahniah UITM |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }








Tiba-tiba sahaja AUKU dimansuh (sekurang-kurangnya untuk sementara waktu) bagi semua para pelajar UiTM seluruh negara. Ini bagi membenarkan para pelajar UiTM untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara membantah cadangan MB Selangor, Khalid Ibrahim.

IB juga kurang bersetuju dengan cadangan MB Khalid, tetapi tidaklah sehingga perlu dikerah suruh seluruh warga UiTM berarak menunjuk perasaan – demonstrasi.


Apa yang IB ingin sebut di sini ialah tiba-tiba sahaja pihak pentadbiran UiTM tidak melarang para pelajar mereka berdemonstrasi. Apakah mema ng pentadbiran benar-benar memberi keizinan ini? Jika tidak ini bermakna, para pelajar tersebut tertakluk kepada tindakan disiplin kerana melanggar AUKU.

Atau apakah demonstrasi yang tiba-tiba berlaku di satu demi satu kampus UiTM seolah-olah secara teratur memang di”atur” oleh pihak tertentu? Jika ini yang sebenarnya, maka tindakan harus diambil terhadap mereka yang mengatur rapi demonstrasi di beberapa kampus UiTM.

Jika tiada tindakan diambil maka apakah ini suatu perkembangan terbaru bahawa AUKU dengan cara diam-diam telah pun dimasnuhkan – istimewa untuk pelajar UiTM?

Jika tidak, ini bermakna pihak pentadbiran UiTM ”double standard” apabila mengkerahkan para pelajar mereka untuk berdemonstrasi membantah cadangan hanya kerana ianya datang dari seorang MB yang bukan dari parti komponen BN. Itu sahaja!

Sumber

Padahal cadangan ini telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin pada tahun 2002, tiada demo dilakukan, tidak pula dikatakan menjual bangsa Melayu. Boleh tengok arkib utusan di link di bawah:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Related Posts by Categories



12 comments

  1. Anonymous  

    August 16, 2008 at 4:24 PM

    uitm tak guna AUKU ok.. kalo nak hentam org pun, hentam guna fakta ok.. uitm amalkan akta 174.. tak tau apa2 nak hentam suka hati je.. huhu

  2. Anonymous  

    August 17, 2008 at 12:38 AM

    gong pun ada blogger nih... dah org nk usik keistimewaan org melayu xkan ko nk jadi lembu kena cucuk hidung plak? aku tau ko ni taksub sgt dekat politik. tp agak2 la kalau dah pemimpin melayu sdiri nk buat mcm tu xkan nk diam lagi.. ke ko ni anti dgn melayu? tgk la pemimpin dari pkr pun bleh bantah pasal majlis peguam tuh.. yg ko nak kecoh bela pasal ni amende la... sah comment aku ko xaccept... tp jadikan la pedoman.. wassalam...

  3. Anonymous  

    August 17, 2008 at 2:34 AM

    dah tu perhimpunan anwarrrrrrrrrrr sebelum nih dpt kelulusan sgt ke? anwar dah beri pendekatan kpd rakyat malaysia dgn berdemostrasi... skg telan balik lah apa yg ko ludah dulu...

  4. Anonymous  

    August 17, 2008 at 3:24 AM

    Saya cadangkan admin isu hangat jangan keluarkan cerita politik..bosan la.

    Biar diaorang baca dan komen kat blog politik.

  5. Anonymous  

    August 18, 2008 at 3:15 PM

    tu la lenkali kalu x tau jgn suke suke nk ckp..
    pe la ko ni...
    benggong
    uitm gune akta 174
    ko kalau blaja kat universiti zimbabwe ak maafkan la jugak
    hahahaha

  6. Anonymous  

    August 18, 2008 at 11:48 PM

    uitm x gune AUKU tp guna akta universiti 174..uitm benteng t'akhir melayu..ktorg pn bkn bt phmpunan hngga cederakan org..time phimpunan ktorg x bwk lgsg alat2 yg blh cederakan org..ktorg konpius knp MB selangor b'iya2 nk bg uitm kt kaum lain?sedara mara dia x de ke bljr kt uitm?

  7. Anonymous  

    August 19, 2008 at 12:12 AM

    Tak kisah la AUKU ke akta 174 ker rock ku ker..

    Tadi aku tengok kat buletin utama..demonstasi pelajar-pelajar yang lebih pro(IPTA lain yg guna AUKU dan yg bersaing dgn student bangsa lain , UITM masih level semi pro haha jangan marah) yang menggelar diri mereka Gerakan Mahasiswa Menentang AUKU) punya la ramai polis lebih ramai dari pelajar tersebut.

    Tak macam demo pelajar UITM tu hari..lain maciam jer,beribu pelajar tapi sorang polis pun takde yang ramai ialah wartawan (yg dijemput khas kot?). Siap jadi headline berita lagi..

  8. Admin  

    August 19, 2008 at 1:02 AM

    sebenarnya, kat dalam itm tu dah ramai student bangsa asing. Pi buat master atau Phd, baru lah minda tu terbuka sikit.......

  9. Anonymous  

    August 19, 2008 at 10:10 AM

    Demo pelajar UiTM: Keprihatinan yang mengundang kecurigaan
    Ahmad Tajdid
    Sat | Aug 16, 08 | 2:45:54 pm MYT

    Sebagai bekas pelajar UiTM, penulis sebenarnya terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan bahawa 5000 pelajar UiTM Shah Alam telah mengadakan unjuk rasa dan berarak sejauh 3 kilometer ke Bangunan SUK, Selangor, 12 Ogos lalu semata-mata untuk membantah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
    Iklan




    Setelah menghabiskan sebahagian usia remaja di UiTM dan berkecimpung dalam gerakan pelajar di kampus, penulis memang masak dengan senario kampus UiTM termasuk mentaliti para pelajarnya.

    Adalah sesuatu yang menghairankan apabila para pelajar UiTM yang begitu teruk dikongkong Jabatan Hal Ehwal Pelajar boleh begitu prihatin dengan isu semasa dan seterusnya berdemonstrasi dan berarak dalam jumlah yang ramai, sedangkan demonstrasi diharamkan pentadbir UiTM dan ada kalangan pelajarnya yang dihukum dan disingkirkan kerana terlibat dengan demonstrasi.

    Kongkongan HEP terhadap aktiviti pelajar juga mengakibatkan pelajar institusi Bumiputera itu tidak peka dengan isu semasa yang melingkari mereka. Jika ada diskusi intelek atau ceramah ilmiah yang dianjurkan, kehadiran pelajar (jika tanpa paksa) boleh dikira dengan jari. Keadaan ini berubah jika program hiburan ataupun konsert diadakan apabila ribuan pelajar akan hadir dan menunggu sehingga program tamat.

    Kita tidak menolak kemungkinan bahawa unjuk rasa ribuan pelajar UiTM ini digerakkan oleh 'orang atasan' institusi itu. Pastinya pelajar yang sudah sebati dibelenggu Akta dan ditanam budaya takut untuk menyuarakan pandangan tentang politik dan isu semasa tidak berani berarak di jalan raya tanpa perkenan dan galakan pentadbir UiTM sendiri.

    Jika tidak, mana mungkin unjuk rasa diadakan di hampir seluruh kampus UiTM seluruh negara termasuk cawangan Permatang Pauh (Pulau Pinang), Seri Iskandar (Perak), Arau (Perlis), Bandar Jengka (Pahang), Lendu (Melaka), Sungai Petani (Kedah), Kuala Terengganu (Terengganu) dan cawangan Machang (Kelantan).

    'Histeria' yang melanda ini berpunca daripada cadangan Abdul Khalid agar UiTM membuka 10 peratus pengambilan kepada pelajar bukan bumiputera. Langkah ini, jelas beliau penting untuk meningkatkan daya saing pelajar dan mutu universiti awam bumiputera itu.

    Cadangan Abdul Khalid itu bukanlah sesuatu yang baru. Seperti kata Profesor Emiritus Khoo Kay Kim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, cadangan pengambilan pelajar bukan Bumiputera oleh UiTM ini pernah dicadangkan kerajaan BN beberapa tahun lalu. Malah UiTM sendiri, kata Khoo telah pun melaksanakan cadangan itu tetapi tidak mendapat sambutan pelajar bukan bumiputera.

    Mustahil bagi Naib Canselor UiTM, Dato' Seri Ibrahim Abu Shah tidak mengetahuinya ataupun sengaja menyembunyikan fakta itu untuk tujuan yang beliau sahaja yang tahu.

    Manipulasi isu ini juga sebenarnya memalukan warga UiTM keseluruhannya - pelajar dan bekas pelajar. Kenapa? Kerana Abdul Khalid bukanlah orang yang mempunyai autoriti terhadap UiTM. Memang benar kampus induk UiTM terletak di Shah Alam, tetapi institusi itu berada di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi dan bukannya kerajaan negeri Selangor.

    Apa jua kenyataan yang keluar daripada mulut Abdul Khalid tentang UiTM tidak punyai sebarang kesan kerana beliau bukan seorang yang berautoriti.

    Pandangan Abdul Khalid juga sepatutnya dibahaskan secara akademik kerana itulah budaya yang harus dilaksanakan oleh sebuah IPTA; bukannya mendorong warganya beremosi dan bersentimen tanpa sebab yang wajar.

    Membela hak Melayu? Tidakkah Ibrahim Abu Shah menyedari bahawa banyak isu lain berhubung hak Melayu yang sepatutnya diperjuangkan golongan 'nasionalis totok' seperti beliau. Bagaimana dengan dasar kerajaan BN yang membuka 10 peratus pengambilan Maktab Rendah Sains MARA kepada bukan Bumiputera? Bagaimana pula kuota biasiswa 55-45 bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

    Jika Ibrahim benar-benar merasakan Abdul Khalid perlu memohon maaf; beliau terlebih dahulu perlu melakukan perkara serupa kerana telah pun melaksanakan idea Abdul Khalid beberapa tahun lalu seperti dinyatakan Prof Khoo Kay Kim.

    Ibrahim juga dilapor menyifatkan Abdul Khalid sebagai cetek pemikiran kerana sukar menerima fakta mengenai pelbagai kejayaan yang dicapai UiTM sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa.

    Tidak sedarkah Ibrahim bahawa beliau juga berfikiran cetek kerana mendakwa tidak melihat sebarang perubahan yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sepanjang 100 hari memerintah negeri seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

    Beliau perlu menyedari bahawa walau bagaimana 'hebatnya' pencapaian UiTM, institusi itu masih tidak termasuk dalam ranking utama universiti dunia oleh mana-mana badan penarafan antarabangsa. Sehubungan itu, masih banyak ruang untuk memperbaiki UiTM sebagai universiti khusus Bumiputera. Teguran Abdul Khalid perlu dilihat sebagai cabaran dan bukannya penghinaan oleh warga UiTM.

    Memang Ibrahim antara peneraju UiTM yang paling menonjol berpolitik. Tidak seperti Pengarah dan Naib Canselor ITM dan UiTM sebelumnya, Ibrahim lebih suka mengeluarkan pandangan memihak dalam sebarang isu. Sentimennya kepada parti-parti pembangkang termasuk PAS amat tebal berbanding sifat lunaknya kepada dasar-dasar BN.

    Oleh kerana itulah, beliau tidak menentang keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk membuka UiTM kepada pelajar-pelajar bukan Bumiputera tetapi melompat setinggi langit apabila cadangan serupa dibuat Tan Sri Abdul Khalid.

    UiTM sebenarnya memerlukan peneraju baru untuk terus unggul sebagai institusi melatih profesional Bumiputera. Individu seperti Almarhum Prof Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid perlu dicari untuk melonjakkan imej dan kredibiliti UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa. Almarhum ialah seorang nasionalis tulen yang benar-benar memperjuangkan kepentingan Melayu tanpa menghiraukan batasan politik. Para pelajar ITM era 80-an dapat merasakan semangat kental Pak Nik dalam mengangkat martabat ITM sebagai institusi unggul Melayu-Bumiputera.

    Di majlis-majlis perhimpunan pelajar ITM, Pak Nik tidak segan silu mengkritik sebahagian ahli-ahli politik Melayu yang dianggapnya mengabaikan kepentingan bangsa kerana asyik bertelagah sesama sendiri, dan sanggup berdiri gagah menyanggah sesiapa saja termasuk pemimpin parti komponen BN yang mengancam kepentingan dan hak Bumiputera.

    "MCA agaknya nak orang Melayu semua mampus baru mereka puas hati," kata-kata Pak Nik mengkritik Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee KIm Sai di majlis perasmian minggu silaturrahim ITM Cawangan Perlis masih terngiang-ngiang di telinga penulis walapun ia berlaku lebih 22 tahun lalu. Dan janganlah pula cadangan ini dijadikan alasan untuk para pelajar UiTM dihasut sekali lagi untuk berdemonstrasi.- tajdid _

  10. Anonymous  

    August 20, 2008 at 4:05 AM

    ..mcm ni..uitm mmg guna akta 174..
    ..plajar asing mmg ada, tp tu di peringkat tggi..utk diploma n degree, xde..sbb? sbnrnya yg lebih pntg, peringkat dip n dgree sbb kat sini yg paling susah nk smbg..nk mula belaja je susah, tapi nk smbung tu senang..master n phd tu sikit yng nak smbung, n mmg tak jadi masalah kalu nk smbg sbb tmpat byk..kita melayu jgn la berpecah..BN kdg2 tak adil..org dia wat xpe, org lain xleh..aziz samsudin punye keje..spatutnya MRSM dgn UITM dulu jgn bg lgsg org lain masuk..dulu mmg alumni MRSM bgkang, nk wat mcm student uitm, tp mahathir sekat, cmne?mcm skarang kalu nk mintak balik 100%, susah dah la..bg aku, yg betul BN wat, btul la..tp salah, ttp salah..mcm anwar idea psl minyak dia sgt3 ok..tp bab melayu, aku kurag setuju..ramai lg org kita miskin..malaysian malaysia tu dah lama ada..tp diorg nk lebih lg..smpai kita yang diambil hak..dulu Gerakan kat penang amek tanah melayu kat sana, UMNO senyap je..tak patut, kan?tp kalu uitm pun diorg nak, mmg kita takleh bg..tlg lah blalang..bila org mlayu nk bsatu?arif shah goreng kotiau kat kedai cina, rakyat dah muak la dgn lakonan tunjuk baik tu..anwar pun ada kroni, tak nafi..kita x smpurna, tp amek cdgn yang baik xkira pmbgkg atau UMNO..salah, ttp salah..anwar kerjasma dengan paul wolfowitz, nama ni nama yahudi, ada org tau?kita patut lbh rasional..agong, wpun ramai yg tak suke, tp dia je buleh jd pelindung kpada melayu..sbb sultan igt dia bkuasa, tu yg naik kpala tu..ni yg tak patut..cmnilah..yg betul sokong..tak betul, xyah sokong..formula yg simple..tgk komen2 korg, makin bpecah melayu..org lain tepuk tgn..40% biasiswa JPA tu spatutnya tak berlaku..kalu nk malaysian malaysia, spatutnya hak diorg tu bdasarkan populasi..kalu betul lah, patut cina cuma dapat 27% je, mlayu 67%..india 8%..tu baru betul2 malaysian malaysia..kerajaan pun didesak..sbb apa? pemimpin2 negara kita bnyk kes salahlaku diorg, pmbgkang pgg..bila diugut, tunduk..tu yg hak kita jadi mangsa..pelajar uitm sbnrnya dah lama merancang bnda ni nk jadi..cdgn ni mmg student dari seluruh sistem uitm dah duga..n segalanya ni student sndiri punye resolusi..wpun ramai student uitm ni memihak pmbgkang sbnrnya, tp bila hak kita n anak cucu kita digugat, diorg ketepikan fahaman politik tu..abu shah tak terlibat..bila student wat, baru dia sokong..yg jadi tak patut bila BN wat, xpe..PKR wat, xleh..tapi cmni lah k..kita dah byk terlepas hak kita masa mahathir dulu..n kita dah tak mahu lg hak kita diambil..jadi, masa ni lah kita kena bersatu..kepentingan ni kepentingan bersama..no choice..pas ni kalu ada salahlaku lg, terus terang bngkg..sbb tu kita ada pmbgkang..xleh semuanya kerajaan..nnt bsr kepala..mgkin kita dah lepas, tp anak2 kita? nk belajar kat mana?org2 susah? nk masuk swasta yang yuran bpuluh2 ribu?fikirlah..itu shj hak kita skang ni..plzz bgsaku..jgn tidur lagi, jgn cari slh org..aku x memihak mana2..yg betul, btul..yg salah, ttp salah..UMNO tu ok..tp kena tukar yg busuk kat atasan tu..PAS pnye cdgn nk bubar,wat parti baru, sgt stuju..zahid hamidi kata, baik bantal lain n mimpi sama daripada bntal sama tp mimpi lain2..tapi aku kata, BAIK BANTAL SAMA N MIMPI PUN SAMA..mamat tu takut sgt ke ilang kuasa bila ramai lg berkaliber masuk?..xyah pikir diri sendiri la............pikir bgsa n agama kita...igt, setiap ketua, tak adil, jawab le nanti..tlg, kita bersatu..student uitm yg org perlekeh tu, bila 118000 tu keluar, kita baru sedar, ramai melayu sebenarnya..kalu kita bsatu, negara ni blh jadi lebih baik dpd skarang..bgsa lain tak takut kita wpun ramai sbb kita bpecah..bodoh tak?BERSATULAH!

  11. Anonymous  

    August 20, 2008 at 4:22 AM

    aku setuju dengan kau. betul tetap betul, salah tetap salah. hak kita tetap hak kita. media tak patut tunjuk perbandingan berat sebelah. bukan semua kerajaan betul n bukan semua pembangkang betul. BERSATULAH ORANG MELAYU! tapi yg jadi tak setuju bila ada Melayu yang menyibuk je macam mat2 rempit.orang wat secara aman, datang diorang, habis jadi rusuhan pulak..tu yang mentaliti kita ni lemah sangat..duduk bandar tapi pemikiran mcam dalam gua..ada aku dapat mesej kata kita kena perang dengan bgsa lain, secara fizikal. ni mat rempit punye idea. bodoh tak dia ni kalu aku kata, dia cuma nak hasut, tapi takde strategi pun sebenarnya.. kita nak perang, kena ada strategi..ini kelemahan org melayu, semangat ada(selalunya rempit), tapi otak tpendam, tak digunakan..jadi, kita mesti fikir dulu yang mana terbaik, then laksanakan..diorang ada semangat, nk kutuk orang, kritik orang, pandai, tapi cuba bagi diorang buat? hampeh..kita kena atasi itu..igt mahathir dulu, tak setuju dgn tunku, bila dia jadi PM, mestilah ada cabaran..baru terasa..gitulah..pendek kata, kita kena berbincang sesama melayu tak kira politik apa kita berfahaman..BERSATULAH!!!!!!!!!

  12. Anonymous  

    August 20, 2008 at 4:30 AM

    ramai pulak nak comment malam ni..takpe, sori main politik skit kat sini. kalu semua orang nak tau, DAP ni sebenarnya nak jadikan msia ni republik mcm sgapore..tau tak korg? maknanya xde sultan xde agong. kat sana, melayu ramai..tapi diorang pecahkan jadi etnik, cth jawa, banjar dsb..jadi diorg takde suara yang kuat sebab dah dipecahkan..tapi cina kat sana semua disatukan xpe pulak..tu yang pelik..PAP (people's action party) yg lee kuan yew wat ni adalah bapak kpd DAP..jadi pandai2lah korang nak menilai..sebab tu PAS tak ngam sgt dgn DAP..sebab nilah..kita kalu tidur lagi aku tak tahulah..terus2kanlah berpecah kalu kita nak tengok bangsa melayu takde pelindung lagi..hak kita perlahan2 diambil..dari sengapore yg asalnye negeri selat(hak kita tu) sampailah batu puteh..kita bagi je kat dia..hmmm..bodoh..tapi si bodoh ni akan jadi pandai kalu ada keseimbangan dalam bertindak..doa2kan negara kita terpelihara dpd musuh2 Allah insyaallah..wassalam

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates