Di mana boleh cari ramai Melayu |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }







Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu

Related Posts by Categories



5 comments

  1. (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯)  

    August 25, 2008 at 3:04 AM

    bestlah puisi nie...terasa di hati..pedas sgt...
    Mmg melayu gitu ker?
    Mungkin ya tapi tak semua kot..hehe..

  2. Anonymous  

    August 25, 2008 at 12:38 PM

    ada plak tnya melayu gitu ker? awat xtau ke? knp plak dia xcerita pasal moral pemimpin melayu plak?

  3. Anonymous  

    August 25, 2008 at 6:02 PM

    e eh hinanya awak pandang bangsa melayu ni. hanya kerana penulis puisi lebi banyak bercampur dengan jenis melayu yang macam ni tak bermaksud semua melayu perangai begini.

    bangsa lain pun sama tapi diorng cover line cantik. cuba baca papers cina dll. sama aje.

    diorg ada masalah triad pulak. judi. gundik. wanita tertindas. haruan makan anak. bunuh diri dan macam2 lagi. sama aje.

    kita yang melayu kasi up bangsa sendiri, lama2 betul2 up laaa..

    positif la pulak...

  4. BukiTiLMu ( BI )  

    August 26, 2008 at 12:41 AM

    http://copieetpate.blogspot.com/2008/07/di-mana-boleh-cari-ramai-melayu.html

    check mine...

    http://copieetpate.blogspot.com/

  5. belibis  

    May 28, 2009 at 10:15 AM

    mintak izin copy yer

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates