Lee Chong Wei ke separuh akhir |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }







Chong Wei Mara Separuh Akhir

Oleh Tham Choy Lin


BEIJING, 14 Ogos (Bernama) -- Lee Chong Wei mara ke separuh akhir perseorangan badminton lelaki apabila menang mudah 21-9, 21-11 ke atas pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro hari ini, hanya satu perlawanan lagi untuk beliau memperolehi sebarang pingat.

Chong Wei, pilihan kedua di belakang juara dunia Lin Dan dari China, akan berdepan sama ada Bao Chunlai juga dari China atau Lee Hyunil dari Korea Selatan dalam kelompok terakhir pemain yang akan bertarung di gimnasium Universiti Teknologi Beijing esok.

"Bao dan Lee adalah dua pemain yang sukar ditewaskan. Saya tidak akan membuang masa untuk memikirkan betapa hebatnya mereka, apa yang saya perlu lakukan ialah menumpu perhatian dan membuat persiapan sebaik mungkin," kata pemain berumur 26 tahun itu yang merupakan pertaruhan terbaik negara untuk memungut pingat.

Chong Wei mengakui menjadi sandaran terakhir dalam acara badminton, beliau merasai tekanan di perlawanan separuh akhir bagi mengikut jejak langkah Rashid Sidek yang berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk negara pada Olimpik Atlanta 1996.

"Saya tidak memikirkan soal sebarang pingat sekarang tetapi hanya pada perlawanan yang bakal dihadapi satu demi satu. Saya akan berehat dan menonton televisyen petang ini apabila Bao dan Lee bermain," katanya.

China menempah tiket ke separuh akhir pagi ini apabila pilihan keempat Chen Jing menewaskan pemain Taiwan, Hsieh Yu Hsing 21-8, 21-14.

Pemain pilihan Lin Dan bermain di peringkat suku akhir menentang pemain veteran Denmark, Peter Gade di mana pemenang antara keduanya akan bertemu Chen.

Chong Wei tertekan ketika menentang Sony, pemenang pingat gangsa di Athens pada peringkat awal, tetapi apabila mendahului 11-8, beliau bermain dengan yakin dan menewaskan lawannya dengan serangan pantas yang berterusan.

"Saya tidak menjangka mencapai kemenangan mudah tetapi hari ini prestasi saya kurang baik. Saya mengejar setiap bola dan strategi saya ialah bermain lebih pantas di jaring," katanya yang menamatkan pertarungan dalam 32 minit.

-- BERNAMA

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates