Pindah syarikat telefon tanpa tukar nombor September ini |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }







SERIAN 11 Ogos – Mulai September ini, orang ramai boleh bertukar pengendali rangkaian telefon mudah alih masing-masing pada bila-bila masa tanpa perlu menukar nombor sedia ada.

Dengan dasar baru itu, pelanggan Maxis, misalnya, boleh terus menggunakan nombor lama Maxis mereka walaupun telah bertukar kepada perkhidmatan Celcom. Begitu juga sebaliknya.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, buat permulaan perkhidmatan portabiliti nombor mudah alih (MNP) itu akan dilaksanakan di kawasan Lembah Klang selama sebulan.

Beliau berkata, sekiranya berjalan lancar, sistem MNP itu akan diperluaskan ke seluruh negara mulai Oktober.

"Industri telekomunikasi akan menentukan kadar caj untuk menggunakan perkhidmatan MNP tetapi kerajaan tetapkan caj siling RM25, tidak boleh lebih daripada itu," kata Shaziman.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Internet Desa dan Sekolah Rendah Kampung Grogok di Bau serta Perpustakaan Jalur Lebar Desa, Kampung Tebakang, Serian di sini hari ini.

MNP pada dasarnya membolehkan pengguna bertukar pengendali rangkaian tanpa perlu menukar nombor telefon mudah alih yang mereka gunakan.

Dalam perkembangan lain, Shaziman berharap syarikat telekomunikasi akan menukar struktur menara telekomunikasi di bandar-bandar besar seperti di Ipoh dan Johor Bahru daripada keluli kepada fiber.

"Menara komunikasi sedia ada harus ditukar kepada bentuk yang lebih komprehensif menggunakan fiber supaya tidak menjejaskan pemandangan,'' katanya.


Nota:
Dengan kata lain, w/pun pakai no 012 tak semestinya Maxis, 019 tak semestinya Celcom, 016 tak semestinya Digi.

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates