GEMA RAMADHAN |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





Hari ini, Ramadhan 1429 hijriah telahpun masuk hari yang kesembilan, Rasanya begitu pantas masa berlalu dan marilah bersama kita bermuhasabah diri mengenai hari hari ramadhan yang telah kita tinggalkan, Jika terasa berpuas hati dengan ibadah yang dilakukan, maka teruskan perjuangan anda, tetapi jika terasa masih kurang sempurna, maka masih ada ruang lagi untuk memperbaiki amalan diri. Satu dari falsafah yang besar yang terdapat dalam ibadah Puasa ialah mengajar umat Islam supaya percaya kepada diri sendiri. Dimana seorang yang berpuasa akan menahan segala runtunan hawa nafsunya semata mata kerana patuh dan taat kepada Allah SWT. Islam menghendaki setiap penganutnya supaya memelihara diri dari tersungkur kelembah dosa, maka apabila sesaorang itu berpuasa, lemahlah tenaga dzahir dan batinnya. Ini sudah tentu dapat menundukkan tabiat buasnya, menjadikan dia seorang yang terpelihara dari sebarang kerja dosa dan maksiat. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “ Puasa itu pemeliharan, terpelihara dari dosa dan maksiat” Dan sabdanya lagi yang bermaksud “ Barang siapa yang berkeinginan untuk berkhawin tetapi tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa”, kerana dengan puasa itu dapat melenyapkan nafsunya.

Puasa juga dapat membiasakan diri menempuh sebarang kesusahan dan dugaan hidup dengan penuh kesabaran dan ketabahan hati , juga menanam perasaan insaf, bertimbangrasa kepada orang yang menderita sengsara. Puasa itu juga memberi contoh persamaan antara manusia, khasnya umat Islam dan menghapuskan perasaan hidup berkasta. Yangmana mereka menunaikan puasa pada waktu yang sama dan berbuka juga dalam waktu yang sama. Tidak kira, raja atau rakyat biasa, kaya ataupun papa kedana. Juga mengajar supaya manusia berperaturan dalam hidup. Ajaran ini terdapat dalam masa berbuka puasa, dimana tidak mendahului oleh sesaorang dengan yang lain.

Jika ditinjau dari segi kesihatan pula, maka puasa tidak kurang faedahnya kepada manusia. Perut manusia merupakan jentera yang sentiasa bergerak dengan tidak berhenti henti. Sebab itulah perlu diberi kesempatan untuk berehat dengan jalan berpuasa. Ringan badan itu memudahkan kita bergerak untuk mengerjakan sebanyak mungkin ibadah pada bulan mulia ini berbanding jika perut terlalu kenyang menyebabkan malas dan segan menguasi diri untuk melakukan sebarang amalan.

Oleh itu biar badan nampak susut kerana mengerjakan amalan berpuasa tetapi pahala tinggi membusut kerana amalan hebat yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.


Us. Mohd Zakuan b Hj Tak
Hal Ehwal Islam, HR Shared Service Organizations.

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates