Jejak-jejak 16 September |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


Tinggal seminggu lagi, tarikh keramat 16 September. Tarikh yang diberi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk Pakatan Rakyat memerintah Malaysia apabila dijangka 40 orang ahli parlimen BN akan swing ke Pakatan Rakyat memasuki PKR/DAP atau PAS.

Gambar ihsan dari http://annasru.wordpress.com/
UMNO nampaknya semakin kalut , UMNO terus berlaku konflik dalaman, perebutan jawatan Ketua Bahagian dan sebagainya macam -macam berlaku dalam sebulan ini . Malah isu hangat - Najib mewakili UMNO meminta maaf atas ucapan Ahmad di Permatang Pauh tetapi Ahmad pula lawan tauke dengan lantang berkata dia tak perlu minta maaf. Dr M pula ingin menjadi juara orang Melayu berkata dalam blognya orang Melayu tidak perlu meminta maaf kerana tiada maaf dari India melalui kes Hindraf sedangkan Hindraf mengatakan mereka tidak memusuhi Melayu tetapi memusuhi UMNO.

Terbaru, Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong telah menerima tawaran untuk menyertai pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Sebelum ini, Bekas AJK MCA Pusat, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew beserta 2,079 ahli yang lain juga telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Walau apa pun sama-sama kita tunggu dapat tak kita cuti umum pada 16 September ini.

DSAI memang handal berpolitik tetapi alangkah indahnya kalau DSAI jadi PM dan TPMnya dari PAS, Tuan Guru Nik Aziz atau Haji Hadi.

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Hrkh) - Harakahdaily dimaklumkan pimpinan PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP kini sedang memulakan mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat KeADILan, di Mercant Square dekat sini bermula jam 10.00 pagi tadi.

Antara yang kelihatan memasuki pejabat KeADILan bagi menyertai mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad; Dr Zulkifly Ahmad; Bendahari KeADILan, William Leong.

Harakahdaily difahamkan Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub turut akan menyertai mesyuarat bersama kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Antara isu yang bakal dibincangkan hari ini ialah isu perpindahan anggota Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat yang kini menjadi isu besar yang memberi tekanan kepada BN.


Berita dari Mstar.
Kerusi Pensiangan dimenangi calon BN dibatal
08-09-2008 11:50:16 AM

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Pilihan Raya Kota Kinabalu hari ini memutuskan bahawa kemenang kerusi Pensiangan yang dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN, Tan Sri Joseph Kurup (gambar) pada Februari lalu tidak sah.

Ia diumumkan di Kota Kinabalu pagi tadi.

Ia merupakan antara kerusi Parlimen yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 awal tahun ini.

Keputusan tersebut dijangka akan membawa kepada pilihan raya kecil.

Bagaimanapun keputusan mahkamah itu boleh dirayu dan rayuan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan dalam tempoh enam bulan.

Mahkamah Tinggi Pilihan Raya pada awalnya menetapkan 17 September ini untuk memberikan keputusannya mengenai petisyen pilihan raya kerusi tersebut.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Danny Anthony Andipai, 41, bagi kerusi Pensiangan, mengemukakan petisyen itu dan menamakan Kurup sebagai responden pertama dan Bubudan sebagai responden kedua.

Related Posts by Categories



2 comments

  1. Anonymous  

    September 8, 2008 at 3:17 PM

    http://isteri-mamak-tua.blogspot.com/2008/08/anwar-shadow-goverment-mungkinkah.html

  2. Anonymous  

    September 8, 2008 at 7:09 PM

    kalo takde kerajaan baru 16 sept nanti apa citer!! poyo je semua ni...beriya je blog ni sokong si dsai ni..last2 esok kerajaan baru kemana apa kemana... bodoh sgt kalo kerajaan baru ditubuhkan atas dasar lompat parti..takder maruah langsung..pemimpin mcm ni ke yg nak buat jadi pm.. akai ada ke!!

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates