Kejadian aneh di padang golf kerana tidak peduli AZAN berkumandang |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

Daripada berbicara tarikh 16 September yang diuar-uarkan sebagai tarikh keramat peralihan kuasa tetapi berlalu begitu saja atau membincangkan isu politik yang saban hari semakin rancak, mungkin lebih elok kita bercakap mengenai sesuatu yang boleh mendatangkan keinsafan sempena bulan mulia ini.

Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat 'warga Korea' itu supaya bermain dengan laju.

Marsyal itu menjawab: "Datuk.... flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini." Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.

Rupa-rupanya empat 'warga Korea' itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.

Baca artikel penuh di Artikel Hangat

Related Posts by Categories



2 comments

  1. Cik Am  

    September 19, 2008 at 11:19 AM

    kenapa tak leh bukak link 2?nk gak baca citer ni smpai abis.mcm seronok je citenye...

  2. Cik Am  

    September 19, 2008 at 11:21 AM

    kenapa tak leh bukak link 2?nk gak baca citer ni smpai abis.mcm seronok je citenye...

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates