Pak Lah Terima Peletakan Jawatan Zaid Ibrahim |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





Abdullah Terima Peletakan Jawatan Zaid Ibrahim

KEPALA BATAS, 16 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Selasa menerima peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Abdullah berkata beliau menerima panggilan telefon daripada Zaid hari ini yang memaklumkan bahawa beliau tetap mahu meletakkan jawatannya.

"Dia (Zaid) beritahu pada saya dalam telefon yang dia tidak dapat teruskan kerja dia dan dia hendak letak jawatan. Sekiranya itulah pilihan dia yang tegas hendak letak jawatan, silalah letak jawatan... saya tidak ada komen apa-apa," katanya.

Perdana Menteri bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai pengganti Zaid.

Abdullah berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan dermasiswa kepada 82 pelajar daripada 16 buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Seri Endon, Yayasan Budi Penyayang sini hari ini.

Sumber: Bernama

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates