Dr Mohd Asri Zainul Abidin akui mangsa 'permainan politik' |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }






 Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.

Tindakan itu, menurut sumber-sumber, "ada (niat) sesuatu".

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.

Ditanya sama ada keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana terdapat tekanan akibat beberapa pandangannya yang tidak selari dengan pandangan ahli politik, beliau berkata:

"Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”

Sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai mufti, katanya, beliau telah "melakukan sesuatu".

"Daripada hari pertama (bertugas), ada orang terkejut dengan pandangan saya. Sepanjang tempoh itu, saya telah bertemu dengan pelbagai orang daripada pelbagai peringkat.

"Saya puas hati, saya telah melakukan sesuatu," katanya.

Mengulas "permainan politik" itu, Dr Mohd Asri berkata, istana sebagai institusi yang mengawal hal-ehwal Islam dan adat istiadat Melayu tidak mengetahuinya.


Sumber:tranungkite

Related Posts by Categories



2 comments

  1. pokdee  

    October 8, 2008 at 5:53 PM

    kalau x nak kena hentam, jadilah macam dato' dr hairussani zakaria, mufti perak, yang betul2 neutral. x kira pas ke, umno ke, dia hentam jugak kalu buat salah. Awak lain, banyak statement yang keluar, macam berat sebelah je. kalu orang yang awak suka, awak bodek, tapi kalau bukan suku sakat, awak hentam. tepuk dada, tanya lah hati, jangan mengeluh, sebab kita sedang berjuang. jadi macam nabi muhammed, banyak2 berisytighfar. wallahuaklam....

  2. MS Rizal  

    October 10, 2008 at 8:42 AM

    Saya mengungkap kata-kata Al-muslim Al-Khawani: "Pendakwah yang selesa dalam jalan dakwahnya bermakna dia bukan berdakwah pada jalan Allah."

    Dr Asri berundur bukan kerana takut dihentam, malah saya percaya dia telah masuk ke dalam kancah ini lama dahulu dengan mind set bahawa dia akan ditekan dari setiap penjuru pada suatu hari nanti demi menegakkan kebenaran. Walaupun ianya akan menyanggahi pemerintah dan tak selari dengan pendakwah kebanyakan.

    Bukankah itu pendakwah yang tulen sebenarnya? Mereka merasai nikmat dakwah setiap kali nyawa mereka diancam dan diri mereka dicaci.

    Dr Asri adalah mutiara berharga, saya percaya dimana sahaja beliau dicampak beliau akan mengilapkan tempat tersebut.

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates