Ikan paus terdampar di pantai |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }




Sesekali kita dilawati oleh makhlok istimewa, tapi sayang keperihatinan belum sampai ketahap yang boleh dibanggakan. Malu rasanya jika masyarakat antarabangsa membaca bahagian bawah artikal ini.....Elok kiranya pegawai itu ditukarkan kejabatan parit dan taliair. Peluang anak paus itu selamat amat tipis atau mungkin tiada peluang, tapi seluruh dunia akan melihat bagaimana kita cuba menyelamatkannya. Syabas kepada para penduduk dan nelayan, walau pun anda bukan seorang PEGAWAI, tetapi anda ada kesedaran melebihi seorang PEGAWAI. Opppsss, PEGAWAI akan cakap......bukan bidang tugas mereka.

Ikan paus terdampar di pantai


PENDUDUK kampung membantu ikan paus yang terdampar di Muara Sungai Kuala Nenasi, Pekan, Pahang, semalam.- Gambar MAHATHIR ALI


PEKAN 13 Okt. – Penduduk Kampung Kuala Nenasi di sini gempar apabila seekor anak ikan paus yang masih hidup seberat kira-kira tiga tan terdampar di pantai Kuala Sungai Nenasi dekat sini hari ini.

Ikan paus berukuran 10 meter panjang itu dipercayai jenis Fin berdasarkan sirip belakang yang pendek, bukaan mulut yang panjang serta bergaris lurus selari dengan matanya.

Ia dipercayai tersesat daripada ibunya sebelum memasuki perairan Pekan dan terdampar di pantai yang terletak kira-kira 10 kilometer dari zon pendaratan ikan Kuala Sungai Nenasi akibat air surut antara pukul 7 hingga 9 pagi.

Seorang nelayan, Abd. Rahim Sulong, 36, berkata, dia merupakan antara orang pertama menyedari ikan paus berkenaan terdampar di pantai itu selepas terlihat pancutan air setinggi kira-kira dua meter dari sebuah kawasan berdekatan.

Menurutnya, ketika itu dia yang sedang melalui Kuala Sungai Penor untuk menangkap ikan di laut pada pukul 7 pagi apabila terlihat pancutan air yang keluar daripada saluran pernafasan mamalia itu. “Semasa mendekatinya, ikan paus itu tidak dapat berenang sebab paras air cuma pada aras lutut dan ia terlalu cetek untuk ikan itu berenang semula ke laut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abd. Rahim berkata, ikan paus itu didapati mengalirkan air mata seolah-olah sedih dan terharu dengan pertolongan orang ramai yang menyimbah air ke badannya sebaik sahaja paras air mula kering di kawasan ia terdampar kira-kira dua jam selepas ditemui.

Menurutnya, keadaan itu juga menyebabkan beberapa kumpulan nelayan di sekitar Kuala Sungai Nenasi bersilih ganti menyimbah air ke badan mamalia tersebut untuk memastikan ia terus hidup sementara menunggu air pasang semula pagi ini.

“Beberapa bahagian kulit ikan paus itu menggelembung akibat sinaran panas matahari dan terdapat beberapa kesan luka disebabkan gelembung yang sudah pecah terutama pada bahagian belakang badannya,” jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi nelayan, Faizal Ibrahim, 29, pula berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk membawa ikan paus tersebut kembali ke laut namun gagal.

Tambahnya, kira-kira 40 penduduk kampung cuba menolak ikan paus itu ke laut tetapi gagal dan apa yang mampu dilakukan ialah menyimbah air untuk memastikan mamalia itu terus hidup sehingga air pasang semula.

Rakannya, Hussain Othman, 47, pula memberitahu, kejadian itu dimaklumkan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan namun tiada tindakan segera diambil untuk menyelamatkan mamalia tersebut.

Jelasnya, beberapa pegawai agensi dan jabatan terbabit sekadar mengambil gambar dan terus pulang tanpa mempeduli atau melakukan sebarang tindakan yang dapat menyelamatkan ikan paus berkenaan.

“Apa yang boleh penduduk kampung lakukan hanyalah menunggu air pasang dan memastikan mamalia itu terus hidup dan sekiranya gagal kami akan ikhtiar cara lain pula,” tegasnya.

Related Posts by Categories



1 comments

  1. Unknown  

    October 14, 2008 at 8:14 PM

    Pass it on to your friends around the world! It is OUTRAGEOUS!!!!! Make Denmark STOP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    DENMARK: WHAT A SHAME
    בושה לאנושות


    This happens in Denmark .

    DENMARK: WHAT A SHAME, A SAD SHAME. THIS MAIL HAS TO BE SEEN. THERE IS NO WORST BEAST THAN HUMAN KIND ITSELF!!!!
    While it may seem liar even today continues to be made this time of year BRUTAL, Dantesque, bloody slaughter in the Faroe Islands, which belong to Denmark . A country supposedly 'civilization' AND EUROPEAN UNION country. For many people this attack to life is unknown , to sensitivity. IN THIS bloody slaughter to attend Moz to 'show' entering adulthood (!) Is absolutely incredible that no one does A SHIT to prevent this barbarism that are committed against Calderon, an intelligent dolphin who has the particularity of approaching People out of sheer curiosity.
    fwd this everywhere, PLEASE.




    ATT00071.jpg
    ATT00074.jpg
    ATT00077.jpg
    ATT00080.jpg
    ATT00083.jpg
    ATT00086.jpg
    ATT00089.jpg
    ATT00092.jpg
    ATT00095.jpg
    ATT00098.jpg
    ATT00071.jpg
    ATT00074.jpg
    ATT00077.jpg
    ATT00080.jpg
    ATT00083.jpg
    ATT00086.jpg
    ATT00089.jpg
    ATT00092.jpg
    ATT00095.jpg
    ATT00098.jpg
    ATT00071.jpg
    ATT00074.jpg
    ATT00077.jpg
    ATT00080.jpg
    ATT00083.jpg
    ATT00086.jpg
    ATT00089.jpg
    ATT00092.jpg
    ATT00095.jpg
    ATT00098.jpg
    ATT00071.jpg
    ATT00074.jpg
    ATT00077.jpg
    ATT00080.jpg
    ATT00083.jpg
    ATT00086.jpg
    ATT00089.jpg
    ATT00092.jpg
    ATT00095.jpg
    ATT00098.jpg

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates