Jual monyet tepi jalan |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }






Niaga monyet di tepi jalan


Seorang wanita Orang Asli melihat dua ekor monyet yang baru ditangkap untuk dijual kepada pembeli di tepi jalan Kuantan ke Segamat di Pahang, baru-baru ini.
- Gambar MAHATHIR ALI


KUANTAN 20 Okt. - Hutan Hujan Khatulistiwa di Pahang merupakan kawasan rimba terbesar di negara ini yang menyimpan pelbagai flora dan fauna.
Pelbagai khazanah tersimpan di hutan hujan tersebut yang kebanyakannya masih belum diteroka sepenuhnya oleh penduduk negara ini.
Di hutan hujan ini jugalah tempat masyarakat minoriti Orang Asli mencari sumber rezeki sama ada untuk digunakan bagi keperluan sendiri atau dijadikan barangan komersial kepada penduduk luar.
Justeru, ramai di kalangan Orang Asli masih mahu kekal menetap di dalam hutan kerana mampu meraih pendapatan yang agak lumayan daripada jualan hasil-hasil hutan kepada orang luar.
Apa pun, di sebalik penjualan hasil-hasil hutan itu, terdapat juga kegiatan yang tidak sepatutnya dijalankan iaitu perniagaan haiwan eksotik.
Antara haiwan yang paling banyak dikomersialkan ialah monyet dan beruk yang boleh dilihat dengan jelas terutama di Jalan Muadzam-Kuantan, Rompin.
Meskipun kegiatan penjualan itu tidak dijalankan setiap hari tetapi pengguna jalan raya itu akan terserempak dengan aktiviti sedemikian ketika menggunakan laluan tersebut pada waktu tertentu.
Apa yang menghairankan, penjualan monyet dan beruk itu dilakukan secara terbuka tanpa timbul sebarang kebimbangan kepada peniaganya.
Mungkin lokasi perniagaan mereka yang terletak di kawasan pedalaman menyebabkan peniaga terbabit merasakan aktiviti tersebut sukar dikesan pihak penguat kuasa, apatah lagi ia tidak dilakukan setiap hari.
Aktiviti menjual beruk dan monyet di beberapa lokasi di Jalan Muadzam-Kuantan itu bukan sahaja dilakukan secara haram, malah ia dikhuatiri menyumbang kepada kepupusan haiwan berkenaan di Pahang jika dibiarkan berterusan.
Jika sekadar dijadikan sebagai pemanjat buah kelapa, masih tidak mengapa tetapi ada dakwaan mengatakan haiwan berkenaan dijadikan hidangan di restoran-restoran bukan Islam.
Persoalannya, adakah jaminan bahawa beruk dan monyet berkenaan tidak dianiaya atau dihidangkan sebagai makanan eksotik ekoran ia dijual secara terbuka dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang menggunakan laluan tersebut.
Tinjauan Utusan Malaysia di laluan berkenaan baru-baru ini mendapati, monyet dan beruk jantan yang dipercayai ditangkap secara haram itu dijual pada harga RM150 seekor manakala monyet dan beruk betina dijual pada harga RM60 seekor oleh pemburunya.

Sumber: Utusan

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates