Mukhriz layak bertanding ketua Pemuda |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





" 7.00 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir telah melepasi jumlah minimum kelayakan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno selepas memperolehi 38 pencalonan setakat ini.

Calon bagi jawatan ketua Pemuda diwajibkan mendapat 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Umno bahagian.

6.55 petang Bahagian Nibong Tebal mencalonkan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda dan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk naib ketua.

Dengan ini, Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan 11 pencalonan sehingga ini manakala Reezal mendapat 29 pencalonan dan layak bertanding naib ketua.

Seorang lagi calon yang turut layak ialah ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim yang telah mendapat lebih 29 undi atau 15 peratus pencalonan minimum dari 191 bahagian Umno.

pencalonan terkini mukhriz dan khairy6.40 petang Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-19 dari bahagian Keningau, Sabah, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua. Reezal kini memperolehi 27 pencalonan dan memerlukan dua lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates