Harga petrol turun 15 sen |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hari ini.

Sehubungan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhirakhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya," kata Abdullah dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

Ini merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak di pam sejak Ogos lepas iaitu pada 23 Ogos, 24 Sept, 15 Okt dan 1 Nov.

Admin:
Alhamdulillah minyak dah turun tapi harga barang di JB tak turun-turun.

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates