Pukau Lima Sen |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Abdullah Wahab

Syiling lima sen modal pukau: Gadis kebas beg wanita selepas hilang ingatan di stesen LRT.

KUALA LUMPUR : sekumpulan warga asing dikesan menggunakan syiling lima sen untuk memukau pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) sebelum melarikan barangan berharga mereka, termasuk wang tunai.

Mulanya syiling lima sen itu dicampak ke lantai sebelum mangsa mengutipnya lalu menyebabkan meraka tidak seadarkan diri lebih 30 minit.

Dalam ks terbaru kelmarin, seorang wanita langsung tidak sedar beg tanganya dilarikan penjenayah itu selepas mangsa tunduk mengutip syiling di kakinya.

Kejadian pukau itu dilakukan seorang gadis ketika mangsa di stesen LRT Setiawangsa tanpa disedari orang ramai di kawasan itu.

Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali, Siti Rabiah 50-an hanya menyedari kehilangan beg tangannya sebaik tiba ke pintu rumahnya

Di Taman Keramat Permai.

Menurut Siti Rabiah, dalam kejadian itu, dia yang baru habis berkerja pulang ke rumah menaiki LRT dari Taman Melawati sebelum berhenti di Stesen Setiawangsa.

"Sebaik keluar dari gerabak, saya berjalan pulang ke rumah. Tiba-tiba saya terlihat lisa sen di lantai sebelum memungutnya.

"Selepas mengambil syiling terbabit saya tiba-tiba menjadi hilang ingatan dan kaku sebelum berjalan meninggalkan stesen LRT berkenaan," Katanya.

Sebaik tiba ke rumah setangah jam kemudian, dia sedar beg tanganya hilang.

Seingatnya kali terakhir beg tangan itu dibahu ketika memungut syiling itu sebelum berjalan pulang.

Kata Siti, dia kemudian memberitahu kejadian itu kepada anak saudara yang mencari beg tangan itu di Stesen LRT berkenaan.

Pada jam 10.30 malam, anak saudara menghubungi telefon rumahnya untuk kepastian berhubung telefon bimbit miliknya.

Ini kerana dia melihat seorang wanita berusia awal 20-an dalam keadaan mencurigakan sedang menggunakan telefon bimbit.

"Selepas saya mengesahkan telefon bimbit itu sama dengan telefon saya dia kemudian mengekori wanita itu yang menaiki Perdana V6.

"Anak saudara saya juga sempat mencatat nombor plat kereta itu," katanya.

Siti Robiah beberapa kali cuba menghubungi nombor telefon itu, tetapi ia dimatikan suspek. Dia menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut suspek membuat laporan polis jika enggan menyerahkan beg tangan dan telefon bimbitnya

Kerana nombor plat kereta terbabit sudah diketahui.

"Ternyata idea saya itu berhasil kerana selepas beberapa minit seorang lelaki menghubungi dan meminta saya ke stesen LRT itu.

"saya bersama empat saudara ke situ, tetapi selepas hampir 15 minit menunggu, suspek gagal dikesan menyebabkan kami berpecah.

"tiba-tiba seorang lelaki berambut panjang muncul menyerahkan beg tangan dan telefon bimbit itu kepada saya.

Dia mendakwa beberapa lelaki menyuruhnya menyerahkan beg itu," katanya yang mendakwa lelaki itu terketar-ketar menggunakan dialek indonesia.

Siti Rabiah mendapati wang tunainya hanya tinggal RM30 menakala RM200 lagi lesap dan semua dokumen penting diperoleh semula.

Moral: Yg PENTING jgn kutip apa² krn BUKAN HAK kita…..

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates