Raja Petra bebas |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }

pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

adakah pembebasan Raja Petra di pengaruhi oleh tindakkan peguambela utk memangil RPK menjadi saksi kpd 2 org yang di tuduh membunuh altantuya?lu pikirlah sendiri.....

Raja Petra bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Raya di mahkamah sebelum beliau ditahan di bawah ISA (Foto:REUTERS)

oleh Syukree Hussain

SHAH ALAM, 7 November, (SK) - Pengendali Laman Web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin akan dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekitar jam 3.30 petang di Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila hakim memerintahkan pembebasannya segera.

Kini, Raja Petra sedang bersiap sedia untuk dibawa ke Shah Alam dari Kamunting dan dijangka tiba di perkarangan mahkamah sebelum pukul 4 petang ini.

Menurut isterinya, Marina Abdullah, beliau memanjat syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya perjuangan rakyat Malaysia yang menuntut suaminya dibebaskan berjaya.

"Namun, saya dan suami serta rakan-rakan akan meneruskan perjuangan supaya kem kamunting ditutup dan seterusnya semua tahanan ISA dibebaskan serta ISA dimansuhkan," katanya yang dihubungi oleh Suara Keadilan sebentar tadi.

Mahkamah membuat keputusan tersebut melalui habeas corpus yang dibuat oleh peguam Raja Petra supaya beliau dibebaskan daripada tahanan ISA.

Beliau telah ditahan pada 12 September lalu sebelum dihantar ke Kem Tahanan Kamunting pada 23 September.

Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar telah menandatangani perintah penahana terhadap Raja Petra beberapa hari sebelum ini, dibawah seksyen 8(1) ISA.

Di bawah akta ini, penahanan ialah selama dua tahun tanpa sebarang perbicaraan dan boleh disambung pada bila-bila masa.


Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates