Adibah Ahmad, mangsa kecanggihan internet |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }






Adibah Ahmad

Menurut berita yang didengar di radio pagi tadi, polis sudah hampir menjejaki pihak yang bertanggungjawab menulis blog tersebut. Adibah Ahmad yang berasal dari Kedah sebelum ini telah lima kali membuat laporan polis mengenai ada orang yang menggunakan identitinya untuk menghina Nabi Muhammad SAW sejak 5 bulan lepas. Adibah Ahmad juga melaporkan telah melaporkan kepada SKMM.

Begitulah kecanggihan teknologi , boleh digunakan untuk kebaikan tetapi boleh juga memberi keburukan kepada manusia.

Jikalau PDRM ingin menyiasat melalui online seperti menjejak IP address ada sedikit masalah kerana tapak blog yang digunakan iaitu blogger.com dipunyai oleh syarikat luar negara (US). PDRM boleh meminta blogspot memberi IP penulis blog laknat tersebut itupun kalau blogger.com memberi kerjasama. Walaubagaimana pun, jika penulis blog laknat tersebut ada sedikit ilmu IT, dia boleh "hide" IP dia melalui laman proxy atau pun jika dia menggunakan kemudahan internet publik seperti Cyber Cafe,hot-spot,wi-fi dan sebagainya adalah sukar untuk mengesan IP penulis blog laknat tersebut.

Saya ramalkan PDRM akan berjaya menjejak penulis blog laknat tersebut tidak lama lagi. Mungkin dari siasatan offline melalui Adibah Ahmad atau teman lelakinya yang bekerja di Syarikat kereta mewah di KL.

Jikalau blogger laknat tersebut dapat dikesan, peluang untuk dia melepaskan diri adalah misi mustahil kerana saya yakin dengan kehandalan pakar forensik IT PDRM. Jika dia menggunakan komputer riba, kalau dia delete, buang cache malah format komputer riba dia sekalipun pakar forensik IT pasti dapat menemui bukti. Ini pernah berlaku semasa isu email fitnah Dato Siti Nurhaliza dahulu.

Oh ya, menurut berita tersebut "Polis hampir menjejak lelaki-lelaki yang terlibat" bermakna blogger laknat tersebut kemungkinannya bukan seorang tetapi diusahakan secara berkumpulan. Semoga diaorang dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat sebagai teladan kepada blogger-blogger lain.

Related Posts by Categories



4 comments

  1. YenG  

    January 1, 2009 at 8:31 AM

    sy pun amat berharap pihak polis dapat menahan si laknatullah trsebut. Ingin jugak tau siapa mereka dan kenapa mereka bgtu bncikan Nabi Muhammad s.a.w. Apa yg Nabi Muhammad s.a.w telah buat pd mereka sehingga mereka sanggup brkelakuan sebiadap sedemikian.

  2. Hafizan Ahmad  

    January 1, 2009 at 10:24 AM

    Huh! Trok betolla kumpulan tue... X guna!! Hopefully pihak polis dapat tangkap dorang tue.... Diorang yang buat benda tue lemah agama... sebab tue la berani sgt nak hina Nabi Muhammad.. Bila sy bukak blog tersebut, meremang bulu roma tengok..dah tak sanggup nak tengok..

    Btw, cerita email fitnah Siti Nurhaliza dulu cam mane eyk??

  3. Asrul Budi  

    January 1, 2009 at 11:06 AM

    Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat di heret ke muka pengadilan... Jgn biarkan orang permainkan Islam....

  4. Anonymous  

    January 4, 2009 at 1:45 AM

    Astaghfirullah, tak cukup lagi konflik Islam seluruh dunia, masih mahu cetuskan huru-hara taktentupasal di Malaysia ini? Mana perginya aqal sihat yang Allah kurniakan untuk manusia? Astaghfirullah.

    Pengajaran: Jangan suka suki bagi details taktentupasal kat orang yang kita belum kenal asal-usulnya :P

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates