Berhati-hati menerima SMS |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





Dari inbox admin,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati:
Pada 4-1-2009 (Ahad) jam 3.20 petang, saya terima satu sms dari 017-8233657, kandungan sms adalah seperti berikut:-

"TAHNIAH! Simcard anda memenangi undian BERTUAH RM15,000 dr POWER ROOT SDN BHD. Sila hubungi di talian: 012-8618479. Terima kasih."

Memang saya tau ini merupakan satu penipuan, sesiapa yang bersifat tamak dan bodoh akan diperdayakan.

Demi kepastian, saya pun telefon nombor yg tertera iaitu: 012-8618479, seorang perempuan yg bernama Siti Aishah jawap panggilan saya, cara jawap telefon berbudi bahasa bukan main, lemah lembut, kuih agar agar pun kalah.

"selamat petang Encik, saya Siti Aishah dari Power Root Sdn Bhd, Ampang, KL, boleh saya bantu?"

Jawapnya saya: "setahu saya kilang Power Root di Johor, mana ada kilang Power Root di Ampang, KL?"

Siti Aishah jawap: " Oh ya, kami baru buka satu cawangan baru di Ampang, KL."

Menurut Siti Aishah, saya adalah orang yang paling bertuah kerana telah diundi untuk memenangi RM15,000.

Dalam fikiran saya, "Nothing is free in this world".

Sejurus itu, Siti Aishah pun tanya nama bank, nombor akaun dan juga baki semasa akaun saya, saya tembak saja, saya bagi tau bahawa akaun saya di CIMB (sebenarnya akaun saya maybank), nombor akaun tipu juga, dan baki akaun pun tembak saja.

Seterusnya saya pun tanya Siti Aisyah apa tindakan seterusnya yang perlu saya ambil, dia suruh saya pergi ke mesin ATM untuk semak samada RM15,000 itu telah dikreditkan, pesanannya kalau setiba di mesin ATM call dia serta merta, hamboi, tak sabar sabar Siti Aishah ni.

Saya tidak pergi ke mesin ATM, tapi saya berlakon macam saya ada di depan mesin ATM, saya pun call Siti Aishah dan mengatakan bahawa saya telah sampai di mesin ATM, macam-macam arahan diminta patuhi seperti berikut:-

1. masukkan kad ATM saya ke mesin
2. tekan PIN number
3. tekan "pemindahan"
4. tekan "ke akaun pihak ke-3"
5. masukkan nombor akaun 10070075153526
6. masukkan kod 264901
7. tekan ya
8. ambil resit
Dia tak sabar-sabar minta saya bacakan baki yang dinyatakan dalam resit tersbut, saya kata nanti saya call balik, sebab saya tak nampak, cermin mata saya ada kat kereta, sebenarnya saya bukan berada di depan mesin ATM, macam mana saya nak dapatkan resit tersebut.

Selepas itu, h/p saya bunyi tak henti-henti, rupanya Siti Aishah pemegang nombor 012-8618479 yang call saya, saya tak jawap langsung panggilan dia.

Setakat sini saja kisah benar saya yang dapat berkongsi dengan saudara saudari sekali, pesanan saya, kalau anda bakal terima sms sebigini, abaikan saja, ini merupakan satu penipuan dari sindiket tertentu.

Yang benar,
OCL

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Related Posts by Categories



3 comments

  1. Unknown  

    January 8, 2009 at 12:51 AM

    kalau saya, saya akan buat benda yg sama pastu dengan girangnya saya cakap "terima kasih!!!! saya sudah menerima wang 15,000 tersebut.. aku kaya! aku kaya!!!

    haha.. psiko sikit dia..

  2. Asrul Budi  

    January 8, 2009 at 10:51 AM

    la.. naper tak wat report polis jer.. lagi senang polis nak bertindak.. no tel ngan no akaun si penipu tu kan dan ade... gi wat report biar si penipu tu terima balasan,,,,,

  3. Nur Aliah  

    January 10, 2009 at 11:31 AM

    saya juga mendapat msg yg sama, bezanya dia kata saya menang RM10,000. at the time saya call, saya tengah buka web site power root. at mmg kilang power root kat Masai,Johor. waktu saya call tuh, saya tanya "Ni kat mana?". Org yg jawab number saya kata, "Power Root,KLCC". Then, saya reply "sory, saya salah dial". pastu saya htr msg balik kat number tuh.. "I'M NOT STUPID ENOUGH TO BE FOOL"

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates