Blogger di sekat tetapi PAS tetap menang |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }

Pinjaman blacklist ok



Jika dahulu rakyat tiada media alternatif, kini blog-blog tidak dinafikan memainkan peranan penting dalam satu-satu pilhanraya untuk mendapatkan input. Oleh sebab itulah kemungkinan portal yang terkenal dengan pengumpulan artikel blogger-blogger pakatan rakyat tranungkite.net telah di serang DDOS sampah 500MB menyebabkan portal tersebut tidak dapat dilayari semasa menjelang hari mengundi di Kuala Trengganu. Namun mungkin ianya sudah terlambat kerana keputusannya calon PAS, Hj Abdul Wahid Endut telah berjaya memenangi pilihanraya tersebut. Portal tranungkite kini beroperasi dengan menggunakan platform blogspot buat sementara.

Khabar angin politik di cyber yang mengatakan calon yang diletakkan iatu Wan Farid adalah calon pilihan Pak Lah iaitu kawan kepada Khairi, Dato' Najib juga tidak beberapa menyenangi pilihan tersebut tetapi kerana tak mahu lawan tokey macam DSAI dahulu, dia layankan jer... Dato' Najib juga dikatakan sudah menghidu kekalahan BN apabila tidak hadir di majlis pengumuman keputusan pilihanraya. Wan Farid sebelum ini dikatakan berkarakter sombong dan kaki enjoy tidak menjadi pilihan majoriti pengundi Kuala Trengganu.

Tun Mahathir sendiri mengatakan kekalahan BN pada pilihanraya tersebut kerana BN tersalah letak calon. "Sebahagian daripada sebab mereka (pengundi) tidak menyokong BN ialah kerana mereka tidak suka kepada calon," katanya.

Dr Mahathir berkata pengundi terpaksa membuat pilihan antara calon BN dan calon PAS dan akhirnya memilih PAS. "Mereka juga tidak suka kepada PAS (tetapi) mereka terpaksa buat pilihan," katanya.

Walau bagaimana pun kenyataan Tun Mahathir tersebut tetapi disanggah oleh Khairi Jamaluddin yang mengatakan bukan faktor calon sahaja yang menyebabkan kekalahan tersebut tetapi banyak lagi faktor lain yang dikira.

Betul juga kata KJ, kalau dah tak suka PAS mengapa pangkah PAS? pengundi boleh mengambil mengundi calon Bebas atau membuat undi rosak. Kalau dah tak suka takkan nak pangkah. Mungkin pengundi berbangsa Cina yang menjadi penentu telah menerima/memahami Hukum Hudud yang menjadi teras perjuangan PAS.

Apa pun tahniah kepada kerana kemenangan tersebut. Tentu Kuala Trengganu bergema dengan laungan Takbir semalam.



Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!

Iklan Anda Di Sini!

Related Posts by Categories



2 comments

  1. Asrul Budi  

    January 19, 2009 at 8:31 AM

    BN kalah lagi.. Padan muke ko BN... Camne rakyat nak sokong kalau pemimpinnya kaki rasuah,....

  2. akulah  

    April 2, 2009 at 9:43 AM

    Jika Allah mnghendaki sesuatu itu terjadi, walaupun d halangi..ia ttp akan terjadi dgn izinNya..

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates