Derma Palestin |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





Assalamualaikum wh wb

Saban hari, kita mendengar dan melihat di media massa berkenaan dengan "Holocaust" ataupun pembunuhan beramai-ramai di Palestin oleh Zionis Israel. Keadaan mereka yang daif, dikepung, dikenakan sekatan dan diperangi amat memilukan sekali. Prof Dr. Sheikh Yusof Qardawi telah mengeluarkan fatwa bahawa SETIAP ORANG ISLAM WAJIB MENOLONG RAKYAT PALESTIN yang menderita akibat diserang oleh Zionis Israel.

Bila bercakap tentang bantuan Kemanusiaan di Palestin, ramai yang ikhlas nak menderma sering bertanyakan soalan-soalan ini;

......"Macamana nak menderma"?
......"Kepada tabung mana yang saya boleh hulurkan derma saya"?
......"Boleh ke Tabung ini dipercayai"?
......"Sampaikah derma saya ini kepada orang Palestin"?

Pertubuhan Jaamah Islah Malaysia Negeri Johor telah menyediakan satu akaun khas untuk tujuan ini. Butirannya adalah seperti berikut;

Nama Akaun : Tabung Dana Palestin Pertubuhan Jaamah Islah Malaysia
No. Akaun : 01041010031695
Bank : Bank Islam (Tampoi, JB)

Untuk makluman pihak dermawan, derma yang masuk ke akaun ini akan disalurkan ke Al-Quds Institution di Beirut Lebnon melalui Pejabat JIM Pusat. Al-Quds Institution adalah sebuah NGO yang fokusnya adalah memberi bantuan kemanusiaan rakyat Palestin terutama sekali Pelarian Palestin yang dipengerusikan oleh Prof Dr. Sheikh Yusof Qardawi sendiri.

Semoga penerangan ringkas ini dapat menjelaskan akan tabung bantuan kemanusiaan rakyat Palestin ini. Dan semoga semua derma kita menjadi amal soleh yang diterima oleh Allah SWT.

Wassalam

Dr. Abdull Rahim bin Mohd Yusoff
Pengerusi
Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa JIM Johor


Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates