Lagu Warisan |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Pinjaman blacklist ok

Lagu Warisan adalah lagu pembakar semangat Melayu yang biasa dinyanyikan oleh Pengakap dan mahasiswa . Saya pula kali terakhir menyanyikan lagu ini ialah tiap kali kuliah bermula di semasa kursus BTN.

Lagu ni macam lagu pencucuk semangat supaya peserta kursus BTN, supaya menyintai bangsa Melayu walau pun sebenarnya benda-benda di bawah berlaku sebelum PRU ke 12 lagi. Lagu ini ditimbulkan oleh rakan group saya setelah kemenangan Pakatan Rakyat semasa pilihanraya di kuala Trengganu kononnya Melayu semakin "melayu"...

Sebenarnya konsep keMelayuan adalah konsep yang UMNO manakala PAS pula lebih memperjuangkan Islam tak kira Melayu,Cina,India dan sebagainya. Malah PAS pernah mengatakan Perdana Menteri boleh selain berbangsa Melayu jika dia Islam.

Ini dia lirik Lagu Warisan...

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

>>Memang dah jadi realiti dari dulu lagi. Lihatlah tanah yang mahal-mahal telah menjadi milik bangsa lain selain bangsa Melayu. Contoh terbaik ialah Penang. Benda ni terjadi sebelum zaman Lim Guan Eng lagi...

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

>> UMNO VS PAS & PKR . Sebenarnya Melayu sudah perpecah kepada dua kerana PAS dan PKR telah bergabung di Pakatan Rakyat.

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
pribumi merintih sendiri

>>Dah jadi realiti dulu lagi dah

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

>>Salah pemimpin tak kira dari parti mana pun jika salah guna kuasa

kini kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah
janganlah terlalai
teruskan usaha
melayukan gagah dinusantara...

So Melayu janganlah bergaduh sesama sendiri yang untung ialah orang lain.. Marilah kita bersatu dan dalah khutbah tiap-tiap Jumaat, penat Pak Imam bacakan:

"Jika kita berbantah-bantah, kembalilah kepada ajaran Al-Quran"

So...kita kena fikirlah sendiri ya..

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



2 comments

  1. miee  

    January 29, 2009 at 12:41 PM

    sy pun da pengalaman nyanyi lagu 2,kt BTN gak..bln 7 thn lepas..

    nk xnk kene nyanyi laa wlupun mmg xske lagu 2..
    bg sy,ia lagu umno yg xgne tajuk umno...

    dah la slaid masa "ank kecil bermain api"...tunjukkan gmbr ms kes bakar bendera kt batu buruk...

  2. Anonymous  

    January 29, 2009 at 5:32 PM

    ..lagu ni sebenarnya okay..
    ..tapi kita yang menyanyi ni tak rasa apa-apa ke?
    ..cina dah makin kuat, kita berpecah belah..
    ..sedih..
    ..kalau berpecah tapi masing-masing pandai bersatu kat belakang mcm dap-mca-gerakan takpe jugak..
    ..sebenarnya pembangkang ni perlu ada..tapi, tak boleh jadi suara majoriti, bahaya..pembangkang bagus untuk mengelakkan penggunaan kuasa yang sewenang-wenangnya oleh pendominasi (dominan)..
    ..kami generasi muda ingin umno dengan pas bersatu..dua-dua melayu islam..tolong lah kami..

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates