Berhati-hati chat lucah |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Iklan online murah


Ada di kalangan chatter yang ketagih chat sex sehingga ada yang terlanjur melakukan zina. Yang menjadi kemusykilannya dua-dua respon dan menginginkan benda yang sama. Astagfirullah... sanggup melakukan hubungan sex dengan seorang yang tidak dikenali memang sesuatu yang melampau terutama kepada pasangan yang sudah berkahwin. Just remind, kalau ikut hudud dah dihukum rejam.

Di Harian Metro hari ini, berita utamanya ialah mengenai pasangan suami-isteri yang cari makan melalui sembang sex. Si isteri berchatting mencari mangsanya yang muda dan berduit. Kemudian buat temujanji di hotel kononnya untuk melakukan benda terkutuk tersebut. Si pemuda tadi pun sama niat untuk melempiaskan nafsu serakah nya.

Kemudian semasa di dalam bilik hotel, Si suami wanita tadi akan datang dan mengamuk mengatakan isterinya curang dan menuduh si pemuda (Chatter lelaki) tadi menggoda isterinya. Si suami akan membelasah chatter tadi dan mengambil barangan berharga termasuk wang ringgi.

Tipu muslihat pasangan iblis itu diceritakan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong di sini, semalam.

Chong mendedahkan setakat ini, dia menerima tiga kes membabitkan pasangan terbabit.

Katanya, dalam satu daripada aduan itu, mangsa mendakwa terpaksa membayar RM50,000 kepada pasangan berkenaan bagi mengelak rahsianya terbongkar.

“Perbuatan dan perancangan pasangan terbabit begitu licik hingga mangsa tidak menyedari mereka sebenarnya ditipu,” katanya yang percaya ramai lagi menjadi mangsa mereka.

Mungkin kes di atas ialah kes berbangsa cina, tapi tidak mustahil jika orang melayu pun akan membuat tipu helah yang serupa juga.

Jadi kepada mereka yang suka chat sex tu berharap dapat bertaubat . Jangan ikutkan nafsu sangat. Berjumpa dengan orang yang tidak dikenali sebenarnya mempunyai risiko yang tinggi. Ingatlah walau pun bersembang di alam maya, dosanya pun sama juga. Apa lagi kalau sampai ke tahap berjumpa dan terlanjur mentelahan lagi kalau dah bersuami/isteri.

Banyak lagi aktiviti berfaedah semasa bertenet, bukan chat sahaja. Mungkin ada segelintir yang bertemu jodoh di room sembang tapi mungkin peratusnya sikit sangat. Tidak dapat dinafikan teknologi selain membawa faedah kepada manusia, ia juga bakal menghancurkan peradaban jika tidak dikawal. Siapa yang nak kawal? Kalau budak kecil pun susah nak kawal aktiviti internet apa lagi kalau dah dewasa.Allah nampak apa yang kita buat.... sendrik mau ingat!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



1 comments

  1. Rohani  

    February 27, 2009 at 10:23 AM

    Salam,

    Inilah akibat kurang ilmu agama. tiada rasa takut pada Allah. Dalam internet tu kalau nak belajar pasal agama, tak terkira banyaknya.Sampai tak cukup masa, malah tak ada masa dan melayari benda yg tidak berfaedah. Cuma terpulang kepada kita nak ke tk nak. Tepuk dada tanya Iman. Iman juga perlu di didik. Didiklah ia agar ia jinak dengan Allah... carilah kebahagiaan abadi!

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates