Pakatan Rakyat tumbang di Perak |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }

Your Car Solution providers



Pinjaman blacklist ok



Kerajaan Pakatan Rakyat gabungan PAS,PKR dan DAP yang berusia 11 bulan tumbang di Perak kerana 3 orang ADUN telah melompat ke BN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.

Tahniah kepada BN kerana merampas semula Perak semoga betul-betul dapat merintah dengan jujur dan membela rakyat setelah dapat memerdekakan rakyat dari mimpi ngeri pemerintahan Pakatan Rakyat yang semasa pilihanraya dahulu dipilih oleh rakyat Perak itu sendiri. Semoga rakyat Perak akan hidup lebih selesa selepas ini.

Baru sahaja Pakatan Rakyat menampar BN dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu, kini mereka ditampar 4 kali pula oleh BN sehingga tumbang terus di Perak. hoho

Ini bermakna kerajaan Pakatan pilihan Rakyat tinggal 4 negeri sahaja lagi. Apa akan terjadi dengan Pakatan Rakyat selepas ini? Adakah "ikatan perkahwinan" antara PAS,PKR dan DAP akan goyah selepas kejadian ini? Betul ke dakwaan , parti PKR tidak boleh dipercayai? Adakah DSAI sendiri akan melompat ke UMNO selepas Ezam, Jamaludin dan Osman? Adakah UMNO sudi menerima DSAI? Adakah selepas ini akan ada gambar DSAI berpeluk dengan Dato' Najib pula akan terpampang di muka akhbar dan blog-blog?



Dunia politik ni memang pelik dan ajaibkan. Betul la kata orang, orang politik ni lidah bercabang.



Lidah bercabang adalah peribahasa Melayu untuk orang yang suka cakap berdolak-dalik. Sekejap cakap A, sekejap cakap B. Hari ni buat kenyataan ini esok buat kenyataan lain pula. Adakah mereka lupa menipu itu berdosa? Apa lagi kalau menipu jutaan rakyat Malaysia. Macam mana nak minta ampun di Padang Mahsyar esok seorang demi seorang. Teringat kata-kata...dunia politik ini kotor, penuh dengan tipu helah demi satu tujuan sahaja iaitu KUASA. Jangan jadi ular bercabang pula...kiri patuk kanan belit.


Diharap orang politik ni janganlah sibuk sangat nak berpolitik sahaja sehingga terlupa tanggungjawab mereka kepada rakyat. Jangan bikin rakyat pening la... kalau tak nak penih kita ignore jer politik ni.

Ini menunjukkan kuasa rakyat semasa pilihanraya tidaklah se"power" mana. Yang power ialah wakil-wakil rakyat yang mereka undi, mereka boleh jadi umpama katak - lompat sana lompat sini.

Jelaslah undang-undang ciptaan manusia ternyata lemah berbanding yang telah tertulis dalam Al-Quran.



Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Dapat $1US P.ERCUMA dengan baca laporan!

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



5 comments

  1. uncleapit  

    February 5, 2009 at 11:09 AM

    hanya PAS Parti yang betul dan dasarnya berlandaskan al-quran dan as-sunnah..

  2. Asrul Budi  

    February 5, 2009 at 2:16 PM

    Semoga sultan perkenankan pembubaran DUN... Dengan cara ini baru rakyat dpt menilai siapa yang benar dan layak....

  3. Anonymous  

    February 13, 2009 at 3:56 PM

    Alhamdulillah, syukur BN kembali memerintah. saya bukan taksub BN. PAS memerintah Kedah & Kelantan saya sokong. tapi di Perak, PAS sekadar tempelan. Nizar cuma boneka Ngeh Nga. banyak kali isu2 berkaitan hak orang Melayu dipandang sepi. Nizar naik pun sebab Sultan Perak taknak MB cina. titah sultan ada sebabnya. jika setakat jadi kuda tunggangan, tumbang lagi baik!!

  4. Nadiene  

    February 15, 2009 at 2:29 PM

    KAMI RAKYAT PERAK LEBIH RELA PAS MEMERINTAH DARI BN YG MAKAN RASUAH,,,

  5. uncleapit  

    February 18, 2009 at 10:55 PM

    Bn seumpama perompak..gila kuasa..

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates