Pilihanraya kecil akan diadakan di Perak |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }

Your Car Solution providers



Pinjaman blacklist ok

Satu pilihanraya kecil akan diadakan di Perak. Bukan untuk kerusi empat ADUN yang lompat tu tetapi untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang selepas Ahli Parlimen PAS kerusi Bukit Gantang telah meninggal dunia pagi ini,yang difahamkan sakit jantung.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pagi ini ketika sedang menunggang basikal.


Allahyarham Roslan merupakan Ahli Parlimen kedua yang meninggal dunia selepas bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional (BN) pada November lalu kerana sakit jantung.

Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan selepas Asar petang tadi di tanah perkuburan Changkat Jering. Sembahyang jenazah dilakukan sebanyak 3 kali, sekali di rumahnya dan dua kali di Masjid jamik Changkat Larang. Bacaan talkin diketuai oleh Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak.Alfatihah untuk Allahyarham dan takziah kepada keluarganya.

Lagi satu isu hangat di Perak ialah YB Osman Jailu iaitu Adun yang keluar dari PKR minggu lalu sekarang berada di ICU . Osman dan Jamaludin iaitu seorang lagi ADUN yang keluar dari PKR dijadualkan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah esok namun hakim yang mengendalikan kes dikatakan akan menghadiri kursus. Osman dan Jamaludin tidak tersenarai dalam senarai exco baru kerajaan negeri yang haram bakal diumum MB Perak ,Dr Zambry Abdool Kadeer.

RAHSIA LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN KERAJAAN (PTD) TERBONGKAR!!!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



1 comments

  1. Unknown  

    February 12, 2009 at 10:23 PM

    Allahyarham should be changed to Almahrum...

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates