Demo anti-PPSMI dihujani gas polis |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }




gambar Demonstrasi anti PPSMIGerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya, mengulangi peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu.

Peristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 itu bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), waktu itu antara lokasi penting kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu.


gambar Demonstrasi anti PPSMIMereka merancang mengadakan bantahan ke Parlimen. Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh fasal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Hari ini, selepas 42 tahun peristiwa penting dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu, kira-kira 8,000 orang berarak dari Masjid Negara selepas jam 2 petang tadi.

Mereka bagaimanapun dihujani tembakan gas pemedih mata oleh polis di sekitar Kampung Attap, hanya beberapa ratus meter dari pintu masuk utama Istana Negara.

Peserta perhimpunan itu - yang asalnya hanya dibenarkan oleh polis diadakan di masjid tersebut - melanggar arahan polis yang melarang sebarang perarakan.

Mereka berhasrat membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu yang diperkenalkan sejak 2003.

Bercakap kepada media selepas penyerahan, A Samad berkata rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.

"Saya berjalan, sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.

gambar Demonstrasi anti PPSMITambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan mengalami keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (dua dari kanan).

Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang, katanya lagi.





gambar Demonstrasi anti PPSMI

PETALING JAYA: Perhimpunan 100,000 Rakyat petang ini - dianjurkan bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), bertukar ganas apabila polis tidak profesional mengawal keadaan

gambar Demonstrasi anti PPSMI

Polis melepaskan gas pemidih mata menghalang para pembantah PPSMI

gambar Demonstrasi anti PPSMI
Halangan demi halangan oleh pihak FRU

gambar Demonstrasi anti PPSMI
Tindakan tidak profesional polis menyebab keadaan menjadi kelam kabut.

gambar Demonstrasi anti PPSMI
Sebahagian rakyat yang tak setuju dengan PPSMI hadir menyatakan sokongan

keranda 152


Sumber: Malaysiakini dan tranungkite


4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



6 comments

  1. Gadis Reformasi  

    March 7, 2009 at 8:34 PM

    inilah wajah hero-heroin Malaysia yang mahu selamatkan bangsa & bahasa kita
    namun sayang rupanya KERAJAAN & POLIS MALAYSIA masih ketinggalan jauh dan tidak bertamadun agaknya

  2. akizaki  

    March 7, 2009 at 10:40 PM

    mane pnye idea la pkai gas pemedih mata ni?
    mereka hanya berbaris dan ingin bersuara...?
    demokkrasi kah kita..?

  3. Unknown  

    March 8, 2009 at 11:35 PM

    jgn jd kan ppsmi ni satu agenda politik..ni ntuk kebaikan ank mude jugak..ko tye la budak2 sekolah tu dorg suke ke x math n sc dlm bhse ingeris?lg satu la kalau math n sc nk buat dlm bhse melayu why not kat u pon buat semua subjek in malay right..?sbb kat u nnt semua subjek blaja jugak bhse inggeris(korg ok pulak?xnk merusuh ke??berarak?)jgn sbb pasal ppsmi, ank korg nnt ketinggalan,xpndai bhse inggeris..ko phm2 je la skrg ni nk keje je semua msti kene fasih bi,ade plak tu kene fasih bhse cine..so atleast,kite org melayu,fasih la bhse inggeris dan sepatutnye korg ptt buat la perarakan bg idea2 cmne nk mertabatkan bhse melayu dr segi pembelajaran ke ape2 je la..drpd buat perarakan mcm ni,bg la sumbangan sikit mcm mane nk mertabatkan bse melayu(boleh berkongsi bersame)..

  4. Rohani  

    March 8, 2009 at 11:57 PM

    salam,

    Sedih tengok betapa susahnya berjuang untuk mempertahankan bahasa ibunda. Setahu saya orang Jepun yng maju tu pun menggunakan bahasa mereka disekolah, begitu juga di German. Mereka lebih maju dari kita yg seperti serba salah dengan bahasa sendiri. Yakinlah bahasa itu jiwa bagsa. Kesian kat anak-anak dikampung yg sudah byk ketinggalan dlm subjek sains dan matematik. Cikgu yg mengajar pun tak mahir dlm bahasa inggeris, jadi mcm mana nasib anak melayu di masa akan datang. Saya adalah dari keturunan Arab. Semasa datuk saya berhijrah ke sini sampai dia meninggal, dia cuba bercakap dengan kami dlm bahasa melayu sebab dia mahu kami fasih dlm bahasa melayu sehingga saya telah jatuh cinta dengan bahasa melayu. kenapa org melayu pula nak ketepikan bahasa yang indah ini??? Fikir-fikirkan, jgn pentingkan diri sendiri, Suami saya org kampung. Belajar subjek sains dan matematik dlm bahasa melayu tapi sekarang dia fasih berbahasa inggeris...Tapi dia tetap cinta dan menghormati bahasa melayu.. tak kan melayu hilang di dunia...ADakah kata-kata ini akan kekal atau menjadi sejarah sahaja suatu hari nanti... Fikir-fikirkan

  5. Unknown  

    March 9, 2009 at 3:42 PM

    german dan jepun negara dh maju..contohnye kat jepun di sekolah,mahupun di universiti pembelajaran dlm bhse jepun..nk cari kerja tidak memerlukan kemahiran dlm bhse2 lain spt di malaysia..kenape isu ppsmi diperbesarkan sedangkan di universiti pembelajaran di dalam bhse inggeris sepenuhnya tp tidak menjadi satu isu?

  6. Rohani  

    March 10, 2009 at 8:34 AM

    Salam, kalau anda fikirkan bagaimana Islam datang ke tanah melayu suatu ketika dulu??? Islam di bawa oleh orang Arab. Adakah orang melayu faham bahasa Arab??? Kitab-kitab yg di bawa pun dalam Bahasa Arab. Kerana itulah lahirnya kitab kuning yg diterjemah oleh org melayu yg faham bahasa Arab pada ketika itu. Jika tidak org melayu tidak akan faham hukum hakam sebenar dlm Islam. Bila diajar dlm bahasa ibunda yg benar2 di fahami maksudnya, ia sampai keperingkat akar umbi tapi jika dlm bahasa yg mereka tidak berapa faham, minat untuk belajar dan mengkaji pun turut berkurangan... tambahan pula jika guru yg mengajar pun tidak fasih dan ada yg tidak faham apa yg mereka nak ajar. Jangan kerana anda fasih bahasa inggeris, anda ingat org lain pun begitu juga... Jangan menghancurkan bangsa sendiri. Kenapa perlu berasa sangsi dengan bahasa sendri. Cubalah martabatkan ia... Fikir-fikirkan..

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates