Bukit Timbalan tutup |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }








bukit timbalan

Semalam 16 Apr 2009,Kota Iskandar yang dahulunya dipanggil Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Nusajaya, Johor Bahru telah dirasmikan oleh Sultan Johor.

6,000 kakitangan kerajaan Johor berpindah ke Kota Iskandar. Kes seperti Putrajaya dahulu. Bangunan Sultan Ibrahim atau yang lebih dikenali sebagai bangunan Bukit Timbalan secara rasminya telah ditutup.

Bangunan yang dibina pada tahun 1940 an ini telah menjadi mercu tanda JB selama ini.

Saya ada pengalaman yang tidak dilupakan semasa berurusan di Bukit Timbalan iaitu di Pejabat Tanah iaitu semasa untuk menguruskan penjualan rumah kos rendah.

Tidak dapat lupa bagaimana salah seorang kerani di situ yang bersenang lenang duduk-duduk sahaja sedangkan fail yang bersusun di sebelah mejanya setinggi dari lantai sampai ke meja. Huh padanlah lambat sangat proses kebenaran urusan jual beli rumah dari pejabat tanah.

Semoga dengan berpindah ke tempat baru,bangunan baru, perabut baru kakitangan kerajaan Johor dapat bertugas dengan lebih rajin lagi hendaknya.

Maklumlah tiada Plaza Kotaraya di sana, Plaza Ansar pun jauh, kedai mamak pekena teh sarbat pun dah jauh, jadi boleh rehat minum mengikut masa yang ditetapkan.

Tahniah kepada kerajaan negeri Johor yang berpindah ke Kota Iskandar semoga bekerja dengan lebih cemerlang memikul amanah rakyat negeri Johor.

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



3 comments

  1. emptyspace  

    April 17, 2009 at 8:27 AM

    ntah2 file tu file rekod.. tak baik buruk sangka

  2. Admin  

    April 17, 2009 at 8:54 AM

    masalahnya fail saya yang kat bawah sekali tu..

    kena isi borang lain utk minta cepat proses.

    tapi rasanya sekarang dah guna sistem komputer..bagus lah.

  3. Zawir Al-Hamidi  

    April 17, 2009 at 11:55 AM

    Nusajaya pasti berjaya.

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates