Imam kena pecat kerana menambah teks khutbah |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }







Pecat: Imam dibayar pampasan
Jimadie Shah Othman | May 6, 09 12:22pm
Imam di Bukit Damansara yang dipecat susulan khutbah Jumaatnya menyeru "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" Februari lalu diberikan pampasan dua bulan gaji.

syamsul firdaus mohamed supri imam at bukit damansara mosque 060509Bersama surat memaklumkan pemecatannya bertarikh 30 April, Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, diberikan cek berjumlah RM3,255.50.

Surat itu yang bertandatangan pengerusi jawatankuasa kariah masjid Saidina Umar Al-Khattab, Datuk Wan Mansor Abdullah menyebut tindakannya dibuat selepas mendapat persetujuan Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam surat yang sama, pemecatan itu dibuat berdasarkan Seksyen 12(1) Akta Pekerjaan yang menyebut "majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dengan memberi notis pada bila-bila masa."

Wan Mansor enggan mengulas tindakan itu – demikian menurut seorang kakitangan masjid sewaktu dihubungi tadi.

Imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei selepas digantung dua bulan antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbahnya pada 20 Februari.

Shamsul semalam menjelaskan, beliau "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Susulan pemecatannya, bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Jalan Setiajasa, Bukit Damansara – milik masjid itu – sebelum 1 Julai ini.


"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



3 comments

  1. Unknown  

    May 7, 2009 at 4:00 PM

    kesian imam nih...pelik la orang politik nih...walau berlainan parti...jangan la campur adukkan hal agama..apelah salah nya imam bagi khutbah tu?utk kebaikan semua jugak...
    hairan...kalau artis...di sanjung...anak menteri buat hal...tak pe...
    tapi imam??sanggup pulak di pecat??nauzubillah hi min zaliq...

  2. Unknown  

    May 7, 2009 at 6:00 PM

    dugaan bagi seorg imam kerana menegur ke arah kebenaran,didoakan supaya beliau mendapat rezeki yg lebih dari itu.Aminnnn...

  3. ~salwaredzuan~  

    May 18, 2009 at 1:19 AM

    saman je sapa yg pecat nih..bwk kes kat tribunal.ingt negara malaysia ni takde undang2 ke..nk pecat org pion ada cara nya..buta undang2 sungguh

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates