Selamat Hari Pekerja |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }







Isuhangat ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja. Hari ini adalah hari yang diberi cuti khas untuk menghargai para pekerja semua. Sebut sahaja bekerja 3 perkara yang mesti ada ialah majikan,pekerja dan gaji.

Selain bekerja ada juga yang bertani dan berniaga. Memang tidak dinafikan 1/9 dari kekayaan ialah berniaga. Dari perniagaan inilah yang memberi peluang pekerjaan kepada pekerja. Tidak semua orang yang boleh berniaga dan tidak semua peniaga itu berjaya. Di zaman IT ini ramai juga yang berkerja di depan komputernya sahaja dengan t'shirt dan kain pelekat di rumah sendiri.

Semua orang bekerja untuk mencari nafkah, untuk teruskan hidup. Ada juga yang bekerja untuk melepaskan bosan di rumah. Ini kes anak orang kaya atau suri rumah yang suaminya mampu.

Semua pekerja bekerja dengan mendapat upah iaitu gaji, kalau ada yang bekerja dan tidak mengharapkan upah ada yang tidak kena. Dulu ada satu pertubuhan agama yang mana pengikutnya bekerja tanpa sebarang upah. Kerja menjual majalah, kilang kicap dan sebagainya. Pada mereka ialah ikhlas untuk agama tetapi yang kaya raya ialah ketua mereka juga.

Ada juga yang tidak bekerja atau digelar penganggur. Samada memilih kerja atau memang mohon kerja tapi tidak dapat-dapat juga. Kepada golongan ini jangan berputus asa. Teruskan usaha anda tetapi sementara mendapat kerja tetap, kita boleh juga bekerja sementara untuk mencari pengalaman, rakan dan yang semestinya wang. Tidak perlulah meminta duit ihsan dari ibu bapa untuk duit topup. Tempat yang paling popular ialah restoran makanan segera, 7 Eleven atau kini glamour dengan Seven E dan stesyen minyak.Saya ada kenal sesorang yang bekerja di 7 Eleven kita sudah bekerja dengan bank hasil dari ringan mulut bertanya pelanggannya "tempat abang ada kerja kosong tak?"

Ada juga digelar penganggur terhormat. golongan penganggur terhormat ini biasanya diberi kepada mereka yang memang tidak berniat untuk bekerja. Biasanya terdapat di kampung-kampung. Golongan ini pun saya hormat juga kerana kebiasaanya mereka yang menjaga ibu bapa yang sudah uzur di kampung dan berkorban demi adik-beradik lain yang sudah berhijrah dan membina kehidupan baru di bandar.

Walau apa pun pekerjaan kita tidak kira gaji kecil ke besar ke, kita mesti bersyukur dengan kerja kita tu. Kalau gaji kita kecil , kita hiduplah dengan gaya yang sederhana. Kalau gaji besar pun belanja pun besar tidak cukup juga malah silap-silap lagi banyak hutang pula.

Di dalam pekerjaan pun ada main politik juga. Ada yang kaki bodek boss untuk cepat naik pangkat. Bodek ini pun tidak salah sebenarnya jika kita bodek boss dengan menunjukkan kerja yang rajin bukannya bodek boss tetapi hanya berlakon depan boss sahaja. Belakang boss dia yang kaki mengular. Yang tak bestnya pekerja yang sanggup menjatuhkan kawan-kawannya untuk naik cepat.

Ada yang bekerja rajin, bodek boss pun rajin juga tetapi bila ada kenaikan pangkat orang lain pula yang dapat. Inilah dinamakan rezeki dan kita seharusnya beristijdraj.

Apa itu istidraj boleh diketahui di ARTIKEL HANGAT



"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Seminar Perniagaan Internet TERMURAH di Pantai Timur!

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates