Kenapa Indonesia marah kita? |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }







Tulisan : bihun_soto

Ada beberapa isu yang sekarang ini menyebabkan indonesia marahkan malaysia, tetapi kita perlu perhalusi dan memandangnya dari segenap sudut. saya telah meneliti perkara ini dan ini adalah kesimpulan saya rasakan sebab mereka marahkan kita.
isu yang sedang hangat di indonesia (pada malaysia perkara ini tak jd masalah/terpencil):-
a. kes manohara
b. kes ambalat
c. kes pembantu rumah kena dera
d. penggunaan budaya (lagu, pakaian, makanan dll yang hampir sama seperti mereka) sebagai alat untuk promosi pelaancongan negara
Ini adalah perkara2 yg dipandang serius oleh rakyat indonesia sekarang terhadap malaysia.

Sekarang ini ramai rakyat indonesia di laman web memangil malaysia MALINGSIA. Maling tu maksudnya pencuri. Bukalah laman web dan taip perkataan tu, pasti jumpa mcm2. Hakikat sebnarnya media di sana sengaja mengalihkan isu sebenar di sana yang lebih besar. Apa dia? Pastinya pilihanraya (pemilu) yang akan datang ini. Banyak manifesto yg tidak tertunai oleh ahli politik, oleh itu cara terbaik adalah menjadi hero dgn membangkitkan isu2 di atas.

Buktinya penghantaran pembantu rumah disekat serta merta ke malaysia sehingga tempoh yang ditetapkan?

Kenapa sehingga tempoh yang ditetapkan? kenapa tidak buat selama-lamanya? saya pasti selesai pemilu nanti, mereka akan hantar balik pembantu rumah ke malaysia. mereka masih belum mampu menampung rakyat sendiri lagi jadi itulah taktik mereka. tetapi kita pun tak heran, PAPA pun dah order puluh ribu pembantu rumah daripada mindanao. lepas ni terpulanglah kepada diorg nak teruskan ke tidak.

Kalau kes budaya pulak, memang byk persamaan dgn kita. Jadi kita ambil sebahagian, ubahsuai dan naiktaraf kemudian promosi hingga jadi produk pelancongan. Salahkah? Ingat lagi promosi pelancongan Singapura di tv-tv m'sia? Kan lagu tu lagu rakyat Malaysia yang kita dengar dari kecil, cuma Singapura tukar je lirik dia. Tetapi kita tak kisahpun. Malah kita buat Rasa Sayang jadi menarik dan jadi lagu promosi pelancongan kita plak. Masuk jugak dalam tv Singapura. Best man win. Yang Indonesia heboh sangat apasal? Sekarang Malaysia dan Singapura berlambak2 pelancong datang, kenapa perlu dengki? Jepun pun tak mencipta, sekadar ubahsuai dan komersialkan je.

Bagi rakyat M'sia byk lagi isu yg penting termasuklah membangunkan ekonomi yg baru jatuh tempoh hari. Tak perlulah nak bergaduh benda yang tak bermanfaat. Lgpun bila M'sia kaya, Indonesia pun tumpang jugak. Kita pun suka. Rakyat Msia yg asal usul Indonesia juga byk disini, dan mereka pun tak pernah lupa asal usul. Indonesia, berhentilah sikap nasionalisme yang tak tentu arah tu.

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

"WOW!!! SANGAT MUDAH, SANGAT SENANG & YANG PALING PENTING SANGAT LUMAYAN!!!"
"Pendapatan Menyentap, Berterusan Bersama Kryptonwork"

"Rahsia Mudah Dapat Zuriat"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



1 comments

  1. Unknown  

    July 9, 2009 at 7:24 AM

    Panggilan "MALINGSIA" ni rasa nya salah.. Yang sebenarnye "MALINGSIAL".. Orang indon dah gunakan panggilan ni dah berpuluh tahun dah dan isu berkenaan dengan lagu..budaya ni yang hampir sama dengan dia org pun dah lame jugak. Kalau tengok2 dalam forum2 akan jumpa panggilan "MALINGSIAL" ni. Isu pembantu rumah pulak.. Bagi mereka yang pernah mengambil pembantu rumah indon ni mesti dia org tahu ape perangai amah indon ni. Contoh saya pernah ada amah indon ni dulu masalah nye dia org ni bila isu hal makan,dia org nak makn benda yang sedap2 dan mahal dr touke dia pulak,keje pulak mals kalau tak suruh tak buat,panjang tangan pantang nampak benda berharga siap mesti hilang punya,talifon rumah kalau tuan rumah kelua siap dia org akan bedal untuk kegunaan dia dia call kwn2 call kpg,bila tanya dia org tak mengaku dan salah kan ank majikan pulak yang selalu main telifon. 4 tahun saya mengupah amah indon ni dan dalam masa 4 tahun ni tu kucar kacir rumah sye di buat nya. Ada yang lari dari rumah sampai kebas barang berharga sampaikan baju barang makan pun dia nk kebas dan buku resepi pun dia kebas jugak. Bukan nak memburukkan amah ni cuma untuk di kongsi bersama. Lagi pun hasil kerja amah indon ni bukan nya bagus mana pun.. masak tak berape..kalau mengemas pun sapu sampah simpan bawah kerusi je pun.

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates