Tok guru Nik Aziz saman media isu Syurga |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }







tip besarkan buah dada due 8 Sept

Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.

Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.

"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."

Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."

Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.?

Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".

Kalau saman sahaja alat untuk menghentikan fitnah mengapa tidak dilakukan oleh sesiapa sahaja tak kira UMNO atau pun PAS. Ini supaya politik Malaysia bersih dari fitnah menfitnah. Jika tiada bukti boleh kena saman.

"Student Buat RM1000 Sehari Bersama Ecofirst Products Secara Online/Offline"

"Shopping di Giant, Kamdar dapat duit, isi minyak di Petronas dapat duit. Percuma RM50"

"JOM TENGOK BAJU-BAJU NI TENGOK DULU KOT-KOT BEKENAN"

"DAFTAR PERCUMA*PART TIME DIRUMAH*BONUS MINGGUAN*$2,000-$5,000"

"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"

"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



2 comments

  1. aneerza  

    August 25, 2009 at 11:05 AM

    kalau jadi wartawan nak kena paham juga loghat2 atau bahasa daerah ni.
    pelesu = palsu
    pelastik = plastik camna boleh jadi pelastin
    jauh bebenor rasanya.
    sekolah lebih la skit sebelum jadi wartawan politik ni, kalau tak jahanam porak peranda negara uleh puak media yg sengaja cari salah orang.. terutama tok guru

  2. Ab Razak Hj Ahmad  

    August 26, 2009 at 8:57 AM

    Setuju dgn aneerza... wartawan juga kena buat homework...

    Mcm kes wartawan RTM kat court last week pasal kes Karpal Singh, dia boleh kata depan Hakim yang dia tak tahu siapa Karpal Singh and parti apa yang diwakili..???

    Uhhhh... teruknya general knowledge wartawan tu...

    p/s - Baik jadi wartawan hiburan la.. tulis gosip artis...

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates