Bahaya sotong kering |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }

Sistem pembelajaran cemerlang due 15 okt

blacklist pun boleh pinjam due 15 okt

Anda suka makan sotong kering? Sedapnya kalau makan nasi lemak dengan sambal sotong keringkan?

sambal sotong kering

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.


Sumber: kosmo


"Pakej fotografi perkahwinan TERMURAH dan EKSKLUSIF bermula dari serendah RM200!"


"Jana Income Dari Rumah Dengan Dua Jam Sehari Sahaja"


"Jawatan Kosong / Kerja Kosong di Kerajaan. Apply Sekarang!"


"bisnes online yang mudah dan gempak! duduk rumah pun duit masyuk!!"


"Gempak Sangat!!, Modal RM5.00 dan duit 100% ke akaun anda.Tiada risiko dan mudah"


"Best auto cars blog-Review dream cars,MotorShow,Jaguar,BMW,Ferrari,Lamborghini,Hyundai,Mercedes,Rolls Royce,Bently,Lexus,Honda,Toyota and more!"


"EUMORA, memberikan anda wajah yg cantik berseri, dan kesannya dpt dilihat hanya dlm 3 minit shj"


"Chatting pun boleh dapat duit..Hari-hari duit masyuk!"


"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"


Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



1 comments

  1. mykacau  

    October 8, 2009 at 8:48 AM

    yang ni pun kena habaq yeekk.....

    October 01, 2009 14:59 PM

    Sotong Kering Masih Selamat Untuk Dimakan


    KUALA LUMPUR, 1 Oktober (Bernama) -- Orang ramai tidak perlu bimbang tentang kewujudan sejenis logam berat, kadmium, dalam produk makanan laut khususnya sotong kering, kerana kandungannya masih berada pada paras yang selamat untuk dimakan oleh pengguna.

    Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman berkata bagaimanapun pihak kementerian akan terus memantau kandungan kadmium dalam produk makanan laut demi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna di negara ini.

    "Setakat ini kita mendapati produk makanan laut masih selamat. Berdasarkan hasil pemantauan melalui sampel yang diuji, kurang daripada satu peratus produk makanan laut positif kadmium," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

    Katanya di bawah Peraturan 38, Peraturan-peraturan Makanan 1985 paras kadmium yang dibenarkan di dalam makanan termasuk makanan laut adalah tidak melebihi 1.00 bahagian sejuta (ppm) atau mg/kg.

    Noraini berkata hasil pemantauan dari Januari hingga Jun tahun ini mendapati sebanyak 12 atau (0.86 peratus) daripada 1,372 sampel yang diambil dikesan positif untuk kadmium iaitu kandungan antara 1.1 hingga 10.75 ppm.

    Antara sampel yang diuji termasuk udang harimau (dua sampel), sotong kering (dua sampel), ikan bilis (tiga sampel), ikan tuna ( satu sampel), ikan hake (satu sampel), rumpai laut berperisa (dua sampel) dan kepala sotong kering (satu sampel).

    Beliau berkata pada tahun lepas pula daripada 1,205 sampel makanan laut yang diuji cuma lima sampel (0.57 peratus) iaitu rumpai laut kering yang mengandungi antara 1.58 hingga 1.82 ppm kadmium iaitu melebihi paras yang dibenarkan.

    Katanya penggunaan kadmium yang berlebihan merupakan kesalahan di bawah Seksyen 13(1) Akta Makanan 1983 dan mereka yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

    Noraini berkata kadmium adalah sejenis logam berat yang boleh hadir secara semulajadi dalam udara, air dan tanah tetapi pada kuantiti yang kecil sahaja, di samping ia tidak terurai dan akan berkumpul mengikut masa.

    Kadmium juga terhasil daripada pembakaran bahan buangan dari rumah atau industri, pembakaran arang batu dan minyak selain terhasil daripada asap kenderaan, penghasilan bateri dan cat, industri pemprosesan logam, pengangkutan dan pembuangan sampah.

    Menurut Noraini, kesan sampingan kadmium boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka masa pendek di mana seseorang itu akan mengalami tanda-tanda seperti demam, sakit kepala, berpeluh berlebihan, otot menggigil dan keresahan.

    Bagi kesan jangka panjang akibat keracunan kadmium yang teruk boleh menyebabkan kanser seperti paru-paru, payudara dan prostat serta menyebabkan fungsi buah pinggang dan hati tidak teratur bagi pesakit yang menghidap masalah buat pinggang dan penyakit hati.

    Akhbar semalam menyiarkan kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendedahkan bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

    Menurut Presidennya S.M. Mohamed Idris selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.



    -- BERNAMA

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates